KUALA LUMPUR, 16 Sept – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menolak sebarang bentuk perpecahan dan permusuhan sempena sambutan Hari Malaysia, hari ini.
Anwar dalam hantaran di laman Facebooknya turut menekankan kepentingan menjulang semangat kebersamaan dalam melonjakkan potensi dan keupayaan negara ke tingkat tertinggi.
Menurutnya, selama 61 tahun, Malaysia telah melalui pelbagai cabaran dan rintangan, yang berjaya ditempuh bersama oleh rakyat Malaysia.
“Sambutan Hari Malaysia yang diraikan saban tahun ini harus menjadi cetusan semangat dan manifestasi perpaduan selain kecintaan mendalam kepada tanah air dalam kalangan rakyat Malaysia merentasi kaum, agama dan budaya,
“Ayuh semangati erti penubuhan Malaysia yang bebas dan merdeka, menolak perpecahan dan permusuhan serta menjulang kebersamaan bagi melonjakkan potensi dan keupayaan negara ke tingkat tertinggi,
“Selamat menyambut Hari Malaysia Ke-61,” katanya.
Hari Malaysia yang disambut 16 September setiap tahun diadakan bagi memperingati pembentukan Malaysia pada 1963.-airtimes.my
#airtimes #Malaysia #HariMalaysia #semasa #DSAI