Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara Pesawat TUDM, kapal Tentera Laut Perancis tingkat kecekapan laksana operasi perairan bersama

Pesawat TUDM, kapal Tentera Laut Perancis tingkat kecekapan laksana operasi perairan bersama

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 11 Sept – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui Markas Wilayah Udara 2 (MAWILUD 2) telah melaksanakan Eksesais Air Defence bersama kapal frigat FREMM (Frigate European Multi-Mission (FREMM) kelas-Aquitaine ‘Bretagne’ milik Tentera Laut Perancis.

Menurut TUDM, eksesais yang merupakan latihan berskala kecil secara opportunity basis ini dilakukan ketika kapal kelas frigat Tentera Laut Perancis itu berlabuh di Kota Kinabalu mulai 04 hingga 07 September lalu.

Latihan tersebut melibatkan 3 buah pesawat pejuang TUDM manakala Tentera Laut Perancis pula menggunakan kapal frigat FREMM kelas-Aquitaine Bretagne dan sebuah helikopter jenis NH90.

“Objektif eksesais adalah membina hubungan antara TUDM dan Tentera Laut Perancis, berdasarkan manfaat bersama, saling mempercayai dan persefahaman bersama,

“Selain itu, eksesais ini juga dapat mewujudkan latihan antara unit pejuang TUDM dan kapal Tentera Laut Perancis,” jelas TUDM dalam hantaran di laman sosialnya.

Tambah TUDM, eksesais ini telah dilaksanakan dalam 2 fasa iaitu Fasa Pertama adalah taklimat koordinasi di antara MAWILUD 2, No 6 Skuadron, Skuadron 330 Kota Samarahan, Pusat Kawalan Lalu Lintas Udara Bersama Kota Kinabalu bersama wakil daripada Tentera Laut Perancis.

Manakala Fasa kedua merupakan Ship Strike Exercise (SSX) di antara pesawat pejuang bersama dengan kapal friget Bretagne Tentera Laut Perancis di kawasan latihan perairan.

Sepanjang eksesais berlangsung, Markas Pemerintahan Operasi Udara melalui MAWILUD 2 telah bertindak sebagai penyelaras utama eksesais bersama Tentera Laut Perancis.

“Kumpulan ini mengkoordinasi dan melaksanakan segala keperluan taklimat penerbangan (Mission Brief), memantau serta mengawal pergerakan pesawat sepanjang eksesais,

“Kolaborasi di dalam diplomasi pertahanan ini dapat meningkatkan kecekapan operasi malah dapat memperkasakan kapasiti warga TUDM dalam melaksanakan misi di perairan,

“Eksesais ini juga dapat mengeratkan hubungan kerjasama udara kedua-dua negara dengan latihan yang berfokus,” jelas TUDM lagi. -airtimes.my

#TUDM #Malaysia #Perancis #eksesais #FREMM #airtimes

Related Articles

Leave a Reply