Home Teknologi Pertahanan Tentera Iraq pilih Airbus H225M, ganti Mi-17

Tentera Iraq pilih Airbus H225M, ganti Mi-17

by Aqilah Azman

Kerajaan Iraq telah memutuskan untuk membeli 12 buah helikopter pelbagai peranan H225M dari Airbus.

Pembelian oleh negara Teluk itu dilakukan bagi menggantikan peranan helikopter Mi-17.

Kontrak perolehan helikopter tersebut telah dimeterai di Baghdad, di antara Menteri Pertahanan Iraq Thabet al-Abbassi dengan Duta Perancis ke Iraq, Patrick Durel.

Airbus dalam satu kenyataan berkata, Iraq akan mula terima helikopter tersebut mulai tahun 2025.

Dalam kenyataan yang sama, Ketua Pengarah Eksekutif Airbus Helicopters, Bruno Even menyatakan pihaknya teruja kerana Iraq merupakan negara pelanggan terbaharu H225M.

“Helikopter (H225M) ini telah terbukti dalam melaksanakan misi tempur oleh penggunanya di seluruh dunia, termasuk Tentera Udara Perancis,

“H225M direka untuk melaksanakan operasi yang mencabar,” katanya.

Beliau menambah, perolehan H225M diharapkan mampu memberikan sumbangan kepada pertahanan kedaulatan dan keselamatan Iraq.

Pada masa yang sama, Airbus menyatakan Iraq telah mengoperasikan beberapa buah helikopter Airbus dari siri yang lain iaitu H125, H135 dan H145. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply