Home Semasa Siasatan kes pemerdagangan manusia dikaitkan bekas menteri, dilakukan dengan tertib, cermat

Siasatan kes pemerdagangan manusia dikaitkan bekas menteri, dilakukan dengan tertib, cermat

by Nurulhuda

TANAH MERAH, 4 Sept – Proses siasatan kes pemerdagangan manusia di Myanmar yang didakwa membabitkan bekas menteri dan suami akan dilakukan secara tertib dan cermat dengan mengambil kira semua aspek.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihak polis juga akan memanggil beberapa lagi individu yang terlibat untuk melengkapkan kertas siasatan.

“Berdasarkan maklumat yang saya terima daripada polis, kertas siasatan telah dibuka dan telah kenal pasti individu yang terlibat, malah ada yang sudah dipanggil dan akan dipanggil,

“Oleh itu, proses siasatan ini akan dilakukan secara tertib dan cermat kerana menjadi amalan siasatan pihak polis melihat pelbagai aspek termasuk mengesan penulis artikel terlibat,” katanya seperti di lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Baitul Mahabbah Tanah Merah hari ini.

Saifuddin Nasution berharap, semua pihak dapat memberi kerjasama untuk membantu pihak polis melengkapkan siasatan dalam tempoh yang munasabah.

Sebelum ini, media melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan, sedang mengesan beberapa penulis artikel dari negara Indonesia untuk membantu siasatan kes pemerdagangan manusia di Myanmar yang didakwa membabitkan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan suami.

Polis turut mengesan seorang lelaki bergelar ‘Datuk Seri’ yang didakwa terbabit dalam jenayah itu untuk diambil keterangan.

Sementara itu, Dr Mashitah menafikan ada kaitan dengan jenayah itu dan telah membuat laporan serta memberi keterangan di Bukit Aman.

Menerusi satu hantaran, beliau menegaskan, tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang terlibat dalam dakwaan berkenaan.-airtimes.my

Saifuddin Nasution berkata, sehingga kini kertas siasatan sudah dibuka dan beberapa individu sudah dipanggil bagi membantu siasatan.

#semasa #pemerdagangan #bekasmenteri #Myanmar #Malaysia #airtimes

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!