Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Anggota penyelam TLDM maut ketika operasi salvaj KD PENDEKAR

Anggota penyelam TLDM maut ketika operasi salvaj KD PENDEKAR

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini mengesahkan, seorang Penyelam Ranjau TLDM dari Markas Selam dan Peperangan Periuk Api (MSPPA), Laskar Kelas (LK) I PLM Arman San Hermansa, meninggal dunia ketika membuat selaman dalam operasi salvaj KD PENDEKAR di perairan Tanjung Pengelih, Johor.

Bahagian Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut memaklumkan, Lembaga Siasatan Khas telah ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Jenazah Allahyarham kini berada di Hospital Sultan Ismail, Johor untuk bedah siasat dan akan dibawa ke Lahad Datu, Sabah untuk pengebumian,

“TLDM akan memastikan segala bentuk bantuan dan sokongan disalurkan kepada keluarga Allahyarham dalam menghadapi dugaan ini,” jelas TLDM dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Dalam masa yang sama, TLDM menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham.

“Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan syuhada dan golongan yang beriman,” ujar kenyataan itu lagi.

Pada Ahad lalu, Air Times melaporkan KD Pendekar tenggelam di perairan Tanjung Penyusop selepas mengalami kebocoran dipercayai akibat terlanggar objek bawah air.

Bagaimanapun, usaha pantas komuniti maritim berjaya menyelamatkan kesemua 39 kru KD Pendekar sebelum kapal itu tenggelam sepenuhnya pada jam 3.45 petang hari yang sama.-airtimes.my

#TLDM #maut #KDPendekar #operasi #salvaj #penyelam #airtimes

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?