IPOH, 21 OGOS – Seramai 456 pelatih Perajurit Muda Udara (PjM U) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memulakan latihan apabila mengangkat sumpah ke dalam pasukan tersebut.
Pengambilan kali ini melibatkan kesemuanya pelatih lelaki.
Majlis Angkat Sumpah dan Serah Terima PjM U Siri 68/24 telah berlangsung di Akademi Tentera Udara (ATU) Ipoh di sini.
Daripada jumlah tersebut seramai 398 orang calon dari Semenanjung dan selebihnya dari Sabah dan Sarawak.
Kesemua pelatih PjM U ini akan menjalani latihan asas ketenteraan selama 24 minggu sebelum bergelar anggota TUDM.
Terdahulu diadakan serah terima PjM U antara Pegawai Staf 2 Kerjaya dan Pengambilan, Mejar Mohd Yusri Hassan dengan Ketua Sekolah Latihan Perajurit Muda, Lt Kol Hasruddin Hashim TUDM.
Ia disaksikan Komandan ATU, Kolonel Rafiddee Dollah.

Kesemua pelatih PjM U ini akan menjalani latihan asas ketenteraan selama 24 minggu sebelum bergelar anggota TUDM.
Sebelum itu pada 4 Ogos lalu, kesemua 456 calon lelaki PjM U Siri 68/24 yang terpilih telah melapor diri di ATU untuk proses dokumentasi akhir.
Kesemua calon yang melapor turut menjalani ujian saringan awal air kencing yang telah dilaksanakan oleh Cawagan Provos Marsyal TUDM.
Ia melibatkan kerjasama Cawangan Penyiasatan Khas Ipoh dan Cawangan Penyiasatan Jenayah Zon Utara.
Prosedur ini bagi memastikan setiap calon bebas daripada penggunaan bahan terlarang sebelum mengangkat sumpah sebagai PjM U Siri 68/24.
TUDM sebelum ini memaklumkan telah mengubah sistem pengambilan daripada dua kali setahun kepada tiga kali dalam masa dua tahun.
Perubahan ini untuk memastikan pelaksanaan latihan yang lebih efektif dapat dilaksanakan oleh para jurulatih di akademi.
Pada Mei lalu seramai 443 pelatih PjM U Siri 67/2023 TUDM berjaya menamatkan latihan termasuk 60 orang wanita.
Berbeza pada tahun 2023 apabila seramai 387 PjM U Siri 66/23 menamatkan latihan. – airtimes.my
#AirTimes #Malaysia #Pertahanan #TUDM
