Home Pertahanan dan Keselamatan Kerajaan peruntuk RM1 juta bantu 200 usahawan veteran ATM

Kerajaan peruntuk RM1 juta bantu 200 usahawan veteran ATM

by Nurulhuda

ALOR GAJAH, 8 Ogos – Kerajaan melalui Kementerian Pertahanan (MINDEF) memperuntukkan RM1 juta bagi membantu 200 usahawan veteran tentera di bawah Program Pemerkasaan Usahawan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PUVET ATM) tahun ini.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, sehingga kini seramai 96 usahawan veteran ATM telah dibantu dengan setiap penerima menerima bantuan wang tunai RM5,000 bagi mengembangkan perniagaan mereka.

“Setakat ini kebanyakan penerima tinggal di selatan tanah air dan bagi mencapai sasaran 200 usahawan veteran, selepas ini kita akan menjelajah ke negeri-negeri di Pantai Timur,

“Lebih 50 peratus usahawan veteran ini menceburi bidang pembuatan makanan terutamanya sejuk beku yang berpotensi tinggi untuk dipasarkan selepas mereka tamat perkhidmatan,” katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program PUVET ATM peringkat Melaka, hari ini.

Pada majlis berkenaan, sebanyak 44 usahawan veteran ATM di sekitar negeri Melaka telah menerima bantuan itu membabitkan peruntukan RM220,000.

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) memaklumkan, peruntukan itu diserahkan kepada mereka yang melibatkan terlibat dalam perniagaan berasaskan perkhidmatan, automotif, makanan dan pertanian.

Mengulas lanjut, Adly berkata, MINDEF bersama PERHEBAT turut bekerjasama dengan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah; Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi; Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makana serta Kementerian Ekonomi bagi membantu golongan berkenaan mengembangkan perniagaan mereka.

Tambahnya, perkara paling penting adalah mendedahkan usahawan veteran itu dengan teknologi digital bagi membantu mereka memasarkan perkhidmatan dan barangan secara dalam talian.

“Hal ini sekali gus akan memberi nilai tambah kepada perniagaan mereka selain bantuan modal bagi meningkatkan keupayaan usahawan veteran ini,” ujarnya lagi. -airtimes.my

#pertahanan #airtimes #veteranATM #Perhebat

Related Articles

Leave a Reply