Home Teknologi PertahananLebih 20 pesawat tentera udara 3 negara Eropah akan singgah di Malaysia

Lebih 20 pesawat tentera udara 3 negara Eropah akan singgah di Malaysia

Pesawat dari Tentera Udara Jerman, Perancis dan Sepanyol akan singgah di Malaysia selepas menyertai PITCH BLACK 2024

by M.Daim
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR,  3 OGOS – Lebih 20 buah pelbagai pesawat tentera udara asing akan melakukan persinggahan mereka di Malaysia.

Menurut pihak Kedutaan Perancis di Malaysia, kehadiran kesemua pesawat tersebut adalah sebahagian daripada pelaksanaan misi penerbangan PACIFIC SKIES 2024.

Misi penerbangan tersebut melibatkan Jerman, Perancis dan Sepanyol.

“Pada 5 Ogos, aset dari ketiga-tiga tentera udara akan mendarat di Pangkalan Udara Subang sebagai persinggahan,

“Misi penerbangan besar-besaran ini melibatkan lebih 20 buah pesawat,” kata Kedutaan Perancis ke Malaysia dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kehadiran aset-aset tersebut melibatkan 12 buah jet pejuang yang merangkumi 9 Eurofighter Typhoon (5 Jerman dan 4 Sepanyol) dan 3 buah jet pejuang Dassault Rafale.

Selain itu, 5 buah pesawat pengisian minyak di udara Airbus A330 Multi-role Transport Tankers (MRTT) dan 4 buah pesawat pengangkut taktikal Airbus A400M akan tiba pada hari yang sama.

“Ketiga-tiga angkatan udara yang terlibat dalam PACIFIC SKIES 2024 merakamkan penghargaan kepada Malaysia dan berterima kasih kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) atas sokongan mereka,

“Kemampuan untuk mendarat di Subang adalah penting dalam aktiviti PACIFIC SKIES 2024,

“Selain itu, ia membuktikan kemampuan TUDM dan tiga tentera udara dari Eropah dalam melaksanakan operasi bersama,

“Kerjasama ini merupakan hasil daripada kepercayaan dan perkongsiaan matlamat dalam menjamin keselamatan serta kestabilan serantau,” kata kenyataan itu. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Pertahanan #TUDM #Typhoon #Rafale #A330 #A400M

Related Articles

Leave a Reply