Home Semasa Tehran pikul tugas untuk menuntut bela kematian Ismail Haniyeh – Ayatollah Ali Khamenei

Tehran pikul tugas untuk menuntut bela kematian Ismail Haniyeh – Ayatollah Ali Khamenei

Pemimpin Iran suarakan kesediaan untuk bertindak balas bagi tuntut bela kematian Ismail Haniyeh

by M.Daim

TEHRAN, 1 OGOS – Iran dilaporkan sedang mempertimbangkan tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin Hamas di Tehran.

Pemimpin tinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei menegaskan membalas dendam terhadap kematian Ismail Haniyeh adalah tugas Tehran.

“Kami melihat menuntut bela darah (untuk Ismail Haniyeh), yang telah syahid dalam wilayah Republik Islam Iran, sebagai tugas kami,” kata pemimpin tinggi dalam laporan media Iran.

Ismail Haniyeh dilaporkan terkorban dalam satu insiden serangan yang berlaku di Tehran. Pemimpin Hamas itu dilaporkan hadir ke majlis rasmi bagi meraikan pelantikan Presiden Iran yang baharu, Masoud Pezeshkian.

Menyentuh serangan 31 Julai itu, Masoud menyatakan Iran akan memastikan dalang disebalik pembunuhan pemimpin Hamas itu “akan menyesal dengan tindakan pengecut mereka”.

“Semalam, saya telah mengangkat tangan beliau, dan hari ini saya akan mengangkat beliau di bahu saya dalam majlis pengebumian,” kata Masoud di akaun media sosial rasmi beliau.

Sementara itu, pemangku Menteri Luar Iran, Ali Bagheri Kani menegaskan Iran berhak untuk bertindak balas terhadap Israel.

“Iran mengutuk sekeras-kerasnya tindakan jenayah yang menjijikkan ini dan menekankan haknya untuk bertindak balas terhadap tindakan provokatif yang agresif ini sebagaimana yang difikirkannya sesuai,” katanya.

Pembunuhan Ismail Haniyeh telah mengejutkan pelbagai pihak dan turut mengundang kritikan dari beberapa pemimpin dunia yang menganggap serangan itu akan memburukkan lagi keadaan di Timur Tengah.

Sementara itu, kerajaan Iran telah mengisytiharkan 3 hari berkabung bagi menghormati pemergian Ketua Sayap Politik Hamas. – airtimes.my

#AirTimes #Iran #Global

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!