Home Pertahanan dan Keselamatan Program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) Sungai Besi dijangka siap akhir tahun ini

Program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) Sungai Besi dijangka siap akhir tahun ini

A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 1 OGOS – Program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) di Sungai Besi dijangka akan siap pada suku keempat tahun ini.

Perkara tersebut dinyatakan oleh pihak Menteri Pertahanan dalam satu penyataan jawapan lisan di Dewan Negara.

Projek SASaR yang dilaksanakan di Sungai Besi melibatkan 3,500 unit. Sehingga kini, terdapat 2 projek SASaR yang lain sedang giat dilaksanakan iaitu di Wardieburn (974 unit) dan Setapak (6,400).

Ketiga-tiga projek SASaR yang dijalankan pada ketika ini adalah dalam kawasan Lembah Klang dengan melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak 10,874 unit kediaman.

“SASaR Sungai Besi sedang dalam proses pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada suku keempat tahun 2024,

“SASaR Wardieburn dan SASaR Setapak dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2032,” kata Menteri Pertahanan menjawab soalan Senator Dato’ Sri Vell Paari A/L Tun Samy Vellu pada Selasa.

Terdahulu, Senator Vell bertanyakan adakah pihak Kerajaan merancang untuk meluaskan projek tersebut di seluruh negara.

Menyentuh perkara tersebut, Menteri Pertahanan menjelaskan cadangan tersebut akan diteliti.

“Cadangan perluasan inisiatif SASaR ke negeri-negeri lain akan diteliti dengan mendalam mengambil kira perancangan, kesesuaian serta keperluan anggota yang berkhidmat di lokaliti selain daripada Lembah Klang,” jelasnya.

Menteri Pertahanan menyatakan program tersebut merupakan salah satu daripada agenda teras Kementerian Pertahanan bagi menjaga kebajikan dan kualiti hidup anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan warga veteran ATM selaras dengan Pelan Strategik Kementerian Pertahanan 2021-2025.

“Di samping itu, Kertas Putih Pertahanan juga turut menekankan penyediaan kemudahan perumahan seperti program perumahan mampu milik untuk memenuhi keperluan perumahan anggota tentera yang sedang berkhidmat serta warga veteran ATM,” kata penyataan jawapan lisan itu.

Program SASaR telah dilancarkan pada 11 April 2018 oleh Menteri Pertahanan pada ketika itu, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Walaupun pemerintahan kerajaan berubah semenjak beberapa tahun, program ini masih lagi dilaksanakan sehingga kini. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Pertahanan #SASaR

Leave a Reply