Home SemasaGlobal Penjualan F-16: Thailand beri tempoh hingga 20 Ogos kepada Amerika Syarikat

Penjualan F-16: Thailand beri tempoh hingga 20 Ogos kepada Amerika Syarikat

Washington perlu kemuka tawaran offset kepada Thailand sebelum pemilihan jet pejuang baharu diputuskan oleh Bangkok

by M.Daim

BANGKOK, 1 OGOS – Kementerian Pertahanan Thailand memberikan tempoh sehingga 20 Ogos kepada Amerika Syarikat untuk mengemukakan offset penjualan F-16 kepada negara itu.

Off set atau tawaran timbal balas merupakan antara syarat yang dikemukakan oleh kerajaan Thailand di bawah pentadbiran Perdana Menteri Srettha Thavisin.

Tawaran offset dilihat sebagai antara faktor penentu kritikal dimana setiap perolehan aset ketenteraan dari luar Thailand perlu diimbangi dengan kerjasama ekonomi dan perdagangan.

Walaupun pada ketika ini Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF) dilihat lebih cenderung kepada perolehan Gripen dari Sweden, kata putus program perolehan jet pejuang baharu masih belum dimuktamadkan oleh Negara Gajah Putih itu.

Sebelum ini, RTAF telah menggariskan keperluan perolehan 4 jet pejuang baharu bagi menggantikan F-16 yang akan ditamatkan khidmat dalam masa terdekat.

Laporan Bangkok Post memetik kenyataan Menteri Pertahanan Thailand, Sutin Klungsang yang meminta Amerika Syarikat untuk memberikan rancangan offset yang terperinci sekiranya negara itu memilih F-16.

“Thailand akan meneliti tawaran offset sebelum membuat keputusan. Washington mempunyai masa sehingga 20 Ogos ini untuk mengemukakan tawaran mereka,” kata laporan itu.

Pada ketika ini, program perolehan jet pejuang baharu RTAF menyaksikan pertembungan di antara F-16 Block 70/72 dari Amerika Syarikat dan Gripen dari Sweden.

Kedua-dua jet pejuang itu telah dioperasikan oleh RTAF. Pun begitu, walaupun RTAF dilaporkan ‘lebih memilih’ untuk dapatkan Gripen, masih terlalu awal untuk katakan jet pejuang Sweden itu akan menjadi pilihan.

Ini kerana keputusan perolehan RTAF adalah ditangan pihak kerajaan Thailand. – airtimes.my

#AirTimes #Gripen #Viper #Thailand

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?