Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Airbus ketuai kajian konsep helikopter masa hadapan untuk NATO – Air Times News Network
Home Teknologi Pertahanan Airbus ketuai kajian konsep helikopter masa hadapan untuk NATO

Airbus ketuai kajian konsep helikopter masa hadapan untuk NATO

Program Next Generation Rotorcraft Capability (NGRC) bermatlamat hasilkan helikopter sederhana pelbagai peranan yang baharu

by M.Daim

MARIGNANE, 1 OGOS – Airbus Helicopters telah dipilih untuk mengetuai kajian konsep untuk menghasilkan Keupayaan Pesawat Rotor Generasi Baharu (Next Generation Rotorcraft Capability, NGRC) oleh NATO.

Projek NGRC melibatkan pelbagai syarikat yang akan berganding bahu dalam mereka bentuk, membangunkan dan menghasilkan helikopter pelbagai peranan kelas sederhana.

Selain Airbus, projek ini akan melibatkan MBDA dan 2 syarikat berkaitan RTX, Collins Aerospace dan Raytheon.

“Kajian ini akan dilaksanakan dalam masa tempoh 13 bulan di mana ia akan melibatkan analisis dua konsep yang digabungkan untuk pesawat rotor tentera generasi baharu,” kata Airbus dalam satu kenyataan.

Jelasnya, Perancis, Jerman, United Kingdom, Amerika Syarikat, Ireland dan Itali akan terlibat dalam projek ini. Penglibatan kesemua negara-negara tersebut dilakukan melalui syarikat-syarikat rakan yang terlibat.

“Setiap pihak akan memberikan sumbangan mereka melalui kajian di bidang kepakaran masing-masing seperti reka bentuk helikopter, integrasi sistem, kesalinghubungan, persenjataan, penderia da avionik,

“Kajian ini akan memberikan fokus kepada helikopter berprestasi tinggi,” kata Airbus.

Difahamkan, NGRC akan merangkumi konsep modular, keupayaan pelbagai misi dan mampu melaksanakan operasi bersama dengan standard NATO. – airtimes.my

#AirTimes #TeknologiPertahanan #Airbus

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?