Kisah aksi kepolisan Hong Kong menjadi antara genre yang digemari oleh masyarakat Malaysia memandangkan banyak filem berkisar sedemikian dihidangkan menerusi layar kaca.
Pasukan Polis Hong Kong atau Hong Kong Police Force (HKPF) menyambut ulangtahun ke-180 tahun ini.
Setelah diserahkan kembali kepada China pada 1997, Hong Kong mengamalkan dasar
‘satu negara, dua sistem’ yang termaktub dalam Deklarasi Bersama China-Britain 1984.
Di bawah dasar ini, Hong Kong adalah Kawasan Pentadbiran Khas yang mempunyai sistem pentadbiran tersendiri termasuklah dalam hal kepolisan.
Hong Kong dibenar mengekalkan sistem dan struktur kepolisan yang dibina oleh kerajaan Hong Kong British sehingga kini.
Cuma, gelaran Pasukan Polis Diraja Hong Kong tidak lagi digunapakai setelah Hong Kong kembali kepada China.
Pada April lalu telah diadakan majlis Rumah Terbuka bertujuan mempamerkan keupayaan beberapa unit elitnya di Maktab HKPF.

Kereta Perisai jenis Saber-toothed tiger yang diguna oleh anggota CTRU. Foto: Khoo Jin Kiat
Antara unit elit yang menarik perhatian ialah Unit Tindak Balas Keganasan atau Counter Terrorism Response Unit(CTRU) serta VIP Protection Unit atau G4.
CTRU merupakan unit elit yang ditubuhkan HKPF pada tahun 2009 sebagai unit rondaan anti keganasan di kawasan sasaran penting atau kawasan tumpuan umum yang berisiko tinggi.
Fungsi CTRU adalah berbeza dengan Unit Tugas Khas atau Special Duties Unit(SDU) HKPF.
CTRU berfungsi sebagai responden pertama sekiranya berlaku serangan keganasan sebelum kehadiran pasukan SDU.
Tugas CTRU juga berbeza dengan SDU apabila anggota CTRU perlu melakasanakan ‘high profile deterrent patrol’ ataupun rondaan cegah rintang berprofil tinggi ke atas lokasi yang dikenalpasti setiap hari.
Menerusi segmen demontrasi anti keganasan yang ditonjolkan, ia memberi pencerahan tentang
fungsi serta peranan CTRU dan SDU dalam menangani sesebuah insiden serangan keganasan,
Dalam segmen demontrasi anti keganasan tersebut, CTRU digegaskan ke tempat kejadian sebagai responden pertama untuk mengawal keadaan dan bertindak sebagai pasukan sokongan kepada SDU.
Setelah SDU tiba di tempat kejadian, operasi seterusnya diambil alih oleh SDU.
VIP Protection Unit atau singkatan VIPPU adalah unit elit yang penting untuk HKPF.
Unit ini turut dikenali sebagai unit G4 iaitu merujuk kepada sebuah unit di bawah Seksyen G, Divisyen 4, Cawangan Khas Pasukan Polis Diraja Hong Kong.
Setelah Cawangan Khas Pasukan Polis Diraja Hong Kong dibubarkan sebelum penyerahan Hong Kong kepada China, unit G4 telah diserap ke Security Wing atau Bahagian Keselamatan HKPF.
Walaupun VIPPU merupakan nama rasmi namun pasukan ini kekal dikenali oleh umum sebagai G4.
G4 merupakan unit pengiring HKPF, pasukan ini bertanggungjawab memberi khidmat perlindungan pengiring kepada Ketua Eksekutif HKSAR, pegawai tinggi kerajaan Hong Kong serta tetamu dan lain lain VIP yang melawat Hong Kong.
Sebagai antara unit yang paling rahsia di dalam HKPF, tiada maklumat tentang anggota G4 dan penempatan anggota dalam kumpulan itu juga adalah sulit.
Pada acara sama, satu demostrasi serangan ke atas formasi motoked telah dipamerkan oleh anggota G4.
Dalam demostrasi tersebut, formasi motoked telah berdepan dengan serangan pengganas yang memintas pergerakan kenderaan motoked.
Untuk makluman umum, amat jarang mempunyai peluang untuk melihat demostrasi keupayaan daripada anggota G4.
Kali akhir mereka terlibat dalam demonstrasi terbuka adalah pada tahun 2019.
Sebagai kesimpulannya, rumah terbuka HKPF kini menjadi platform untuk masyarakat luar mengenali keupayaan pasukan ini.