if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa USS Blue Ridge tiba di Pelabuhan Klang, eratkan hubungan 65 tahun Malaysia-US

USS Blue Ridge tiba di Pelabuhan Klang, eratkan hubungan 65 tahun Malaysia-US

by Zulhaizi Rosdi

KUALA LUMPUR, 17 JUL – Kapal perintah amfibi (Amphibious Command Ship) Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy), USS Blue Ridge telah selamat tiba di Terminal Pelayaran Pelabuhan Klang (PKCT) di sini, hari ini.

Komander Armada Ketujuh AS, Vice Admiral Fred Kacher berkata, sesi lawatan ini menunjukkan kesinambungan yang erat bersama Malaysia sepanjang 65 tahun melalui hubungan ekonomi, keselamatan dan masyarakat antara kedua-dua negara.

“Malaysia adalah rakan kongsi utama kami di rantau ini dan lawatan ii memberi peluang penting kepada kami untuk bertemu dengan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), melibatkan diri dengan masyarakat di sini dan menikmati pemandangan serta budaya tempatan.

“Kepimpanan Armada Ketujuh juga akan bertemu dengan rakan sejawatan dari TLDM dan pemimpin tempatan untuk membincangkan cara untuk memajukan lagi kerjasama ketenteraan antara kedua-dua negara,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan AS di Malaysia, Manu Bhalla berkata bahawa keselamatan maritim di rantau ini kekal menjadi keutamaan bagi AS.

“Lawatan kapal USS Blue Ridge ke Malaysia adalah bukti kerjasama pertahanan yang kukuh merangkumi 14 siri latihan dua hala dengan Malaysia.

“AS komited untuk mengukuhkan serta mengeratkan lagi kerjasama dengan Malaysia,” ujarnya.

Selain itu, ahli krew dan kakitangan Armada Ketujuh akan mengambil bahagian dalam acara bersama masyarakat setempat bagi mempelajari sejarah Malaysia.

Kehadiran mereka disambut Inspektor Jeneral TLDM, Laksamana Muda Abdullah Sani Ismail bersama sepasukan pegawai dan anggota.

Sebagai peneraju armada ketujuh, USS Blue Ridge merupakan kapal operasi kedua tertua dalam Tentera Laut AS dan beroperasi rutin dengan sekutu dan rakan kongsi dalam memelihara wilayah Indo-Pasifik. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply