Home Pertahanan dan Keselamatan Perang Ukraine punca kelewatan proses sewaan helikopter Black Hawk

Perang Ukraine punca kelewatan proses sewaan helikopter Black Hawk

A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 16 JUL – Peperangan di Ukraine dilaporkan antara punca kelewatan penghantaran helikopter Black Hawk ke Malaysia.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari menyatakan perkara tersebut merupakan antara justifikasi yang dinyatakan oleh pihak pembekal berhubung kelewatan sewaan 4 buah helikopter Black Hawk.

“Pihak syarikat telah memaklumkan bahawa terdapat beberapa kekangan dalam membuat penghantaran helikopter,

“Antara justifikasi yang diberikan adalah yang pertama peperangan belarutan di Ukraine telah menyebabkan gangguan rantaian bekalan,

“Dan proses kelulusan pihak pengawal selia Amerika Syarikat telah diperketatkan bagi pemodenan spesifikasi teknikal dan integrasi sistem avionik ke atas pesawat Black Hawk UH-60A,” katanya.

Menurut beliau, pihak syarikat menyatakan program kerja dan jangkaan perhantaran pesawat Black Hawk UH-60A ke Malaysia telah disemak semula dan diperbaharui oleh pihak Slovak Training Academy, SRO dan semua yang terlibat.

Pada masa yang sama, Adly menyatakan denda lewat akan dikenakan terhadap Aero Tree Defence and Services Sdn Bhd (ADSSB),” kata Timbalan Menteri Pertahanan semasa sesi soal jawab lisan di Parlimen, hari ini.

Terdahulu, wakil Tanah Merah, Dato’ Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz membangkit soalan mengenai punca kelewatan sewaan helikopter Black Hawk dan juga apakah tindakan kerajaan berhubung perkara tersebut.

Selain itu, Adly menyatakan keempat-empat helikopter tersebut sepatutnya telah diterima pada 30 Oktober 2023 dan 30 Disember 2023. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Pertahanan

Leave a Reply