Home SemasaKonflik Hizbullah-Israel: Pelan Serangan Ke Atas Lubnan Diluluskan

Konflik Hizbullah-Israel: Pelan Serangan Ke Atas Lubnan Diluluskan

by Zulhaizi Rosdi
A+A-
Reset

GAZA, 19 JUN –  Tentera Israel pada Rabu memaklumkan bahawa pelan operasi serangan ke atas Lubnan telah diluluskan susulan ketegangan yang kian memuncak antara Hizbullah di sempadan Lubnan Israel.

“Peperangan antara Hamas dan tentera pertahanan Israel (IDF) di Gaza dan serangan Hizbullah di sempadan secara tidak langsung telah meningkatkan ketegangan di rantau ini.

“Pelan serangan ke atas Lubnan telah diluluskan selepas pertemuan antara komander bagi menilai situasi semasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, Menteri Luar Israel, Katz mengancam akan memusnahkan Hizbullah dalam peperangan menyeluruh.

“Kami sedang berusaha mengubah strategi pertempuran bagi menentang Hizbullah dan Lubnan,” katanya.

Ancaman itu dibuat selepas pengumuman pemberhentian sementara aktiviti ketenteraan di bandar Rafah bagi memudahkan aliran bantuan.

Sementara itu, utusan Amerika Syarikat (AS) ke Lubnan, Amos Hochstein mendesak agar kedua-dua pihak mengurangkan serangan rentas sempadan.

“Konflik antara Hizbullah dan Israel telah berlarutan cukup lama, adalah penting untuk menyelesaikannya dengan cepat secara diplomatik bagi kepentingan semua pihak,” jelasnya ketika melakukan lawatan di Beirut.

Sejak minggu lalu, Hizbullah yang juga sekutu Hamas telah meningkatkan serangan ke atas Israel Utara selepas serangan Israel yang telah membunuh seorang komander kanannya, Wissam Hassan Tawil yang berpangkat komander tentera elit Radwan Hizbullah.

Related Articles

Leave a Reply