Home Semasa Polis sahkan terima laporan Taib Mahmud dibawa keluar hospital secara paksa

Polis sahkan terima laporan Taib Mahmud dibawa keluar hospital secara paksa

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR,5 Feb – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud yang didakwa dibawa keluar dari sebuah hospital, tengah malam tadi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata dalam kenyataan memaklumkan, kes sedang disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

‘’Pihak polis kontinjen Sarawak mengesan satu posting tular melibatkan bekas TYT Sarawak yang telah dimuat naik dalam media sosial,

‘’Sehubungan dengan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan perkara ini dan tidak membuat sebarang spekulasi,

“Tindakan menyebarkan maklumat palsu boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan perkhidmatan rangkaian dan lain-lain,’’ katanya.

Baru-baru ini tular satu laporan polis yang mendakwa Tun Taib Mahmud dibawa keluar dari sebuah hospital swasta di Kuching.

Laporan polis yang didakwa dibuat oleh seorang doktor hospital swasta itu tular di media sosial, hari ini. -airtimes.my

#airtimes #semasa #Sarawak #tyt

Related Articles

Leave a Reply