KUALA LUMPUR, 23 Jan – Malaysia komited untuk terus memperkukuhkan hubungan baik bersama Singapura khususnya dalam perihal pertahanan serta ketenteraan.
Perkara itu dizahirkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin selepas menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Vanu Gopala Menon bersama delegasinya pada Isnin.
“Dalam pertemuan ini, saya telah menyatakan komitmen Malaysia untuk terus memperkukuhkan hubungan baik antara Malaysia-Singapura khususnya dalam perihal pertahanan dan ketenteraan,
“Ini termasuklah melalui beberapa platform seperti Five Power Defence Arrangements (FPDA) dan ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM),” jelas Khaled dalam hantaran di Facebook rasminya, semalam.
Beliau turut menyatakan kepentingan serta keperluan untuk ASEAN kekal menjadi sebuah kerjasama berkecuali dan bersatu dalam berdepan dengan apa jua cabaran yang melibatkan keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran serantau.
#pertahanan #airtimes #Malaysia #Singapura