MANILA, 19 JAN – Tentera Filipina dilaporkan telah mengaktifkan semula pasukan khas untuk mengatasi ancaman perisikan asing di negara itu.
Armed Forces of the Philippines Counter-Intelligence Group (AFPCIG) telah diaktifkan semula selepas dimansuhkan pada tahun 1995.
AFPCIG kemudiannya diaktifkan semula selepas Setiausaha Pertahanan Filipina, Gilberto Teodoro Jr mengeluarkan satu memorandum pada 11 Januari lalu.
“Misi pasukan ini adalah untuk melakukan risik balas di seluruh negara Filipina dan mendukung misi pasukan tentera,” kata jurucakap Angkatan Tentera Filipina dalam laporan media negara republik itu.
Menurut laporan PNA, AFPCIG secara rasmi diaktifkan semula dalam satu majlis pada 18 Januari.
Majlis pengaktifan semula AFPCIG telah disempurnakan oleh Ketua Angkatan Tentera Filipina, Jeneral Brawner Jr di Camp Aguinaldo.
Risik balas atau Counter Intelligence merupakan tindakan yang bertujuan untuk melumpuhkan kegiatan perisikan oleh pihak musuh mahupun negara asing. – airtimes.my
#AirTimes #Filipina