Home SemasaGlobal Australia mula hasilkan misil serangan jarak jauh pada tahun 2025

Australia mula hasilkan misil serangan jarak jauh pada tahun 2025

by M.Daim

CANBERRA, 16 JAN – Australia akan menghasilkan misil serangan jarak jauh mulai tahun hadapan.

Pengeluaran sistem persenjataan disahkan akan bermula pada tahun 2025 apabila negara benua itu telah meterai kontrak bernilai AUS$37.4 juta (RM115.4juta) dengan Lockheed Martin Australia, hari ini.

Kementerian Pertahanan Australia dalam satu kenyataan berkata, kontrak tersebut akan membolehkan misil Guided Multiple Launch Rocket System (GMLRS) dihasilkan secara domestik di negara itu.

“Kontrak ini akan membolehkan pemindahan data teknikal dari Amerika Syarikat bagi memulakan proses persijilan kejuruteraan dan membangunkan tenaga kerja Australia,

“Selain itu, kerajaan Australia akan membeli Precision Strike Missiles (PrSM),” kata kenyataan itu.

Timbalan Perdana Menteri Australia, Richard Marles menyatakan kontrak yang dimeterai pada hari ini merupakan satu pencapaian penting untuk Australia.

“Ia merupakan pencapaian penting kerana Australia akan memperolehi teknologu yang diperlukan bagi menubuhkan industri berdaulat,

“Di samping itu, ia akan memberikan peluang pekerjaan kepada tenaga kerja berkemahiran tinggi,” ujar beliau. – airtimes.my

#AirTimes #Australia #LockheedMartin

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!