Kemahiran mengendalikan payung terjun pada ketinggian melebihi 25,000 kaki merupakan kepakaran utama pegawai dan anggota dari Skuadron Sierra (Skn Sierra), 11 Rejimen Gerak Khas (11 RGK) dalam melaksanakan operasi yang dipertanggungjawabkan.
Dalam latihan kali ini, Skn Sierra diaturgerakkan melalui teknik penerjunan bebas dari aras tinggi (High Altitude High Opening, HAHO) bagi menyusup masuk ke kawasan dikuasai musuh pada waktu malam.
Pegawai Skuadron Sierra berkata, latihan yang dilaksanakan pada ketinggian 25,000 kaki ini adalah bagi menguji kompetensi operator skuardron dengan menggunakan peralatan operasi, senjata yang lengkap dan peralatan Optronik yang dibekalkan.
“Didalam latihan ini, Skn Sierra memfokuskan kepada aturgerak berkonsepkan operasi khusus berdasarkan senario peperangan hibrid iaitu operasi hutan serta operasi covert atau klandestin di kawasan terbina,” katanya kepada Air Times.
Tiada istilah raptai, penerjun beri komitmen 100 peratus
Sementara itu, anggota Skn Sierra memaklumkan, di dalam melaksanakan penerjunan HAHO, penerjun juga akan terdedah kepada High Altitude Sickness (penyakit ketinggian) seperti Hypoxia, Hyperventulation dan Barotrauma.
“Tidak ada istilah raptai atau semula di dalam tugas ini. Setiap penerjun mestilah memberi komitmen 100 peratus terutamanya sebelum dan semasa penerjunan, sehinggalah pelaksanaan misi yang telah diarahkan,
“Disebabkan itu, salah satu prosedur utama dalam latihan HAHO adalah keperluan pegawai dan staf perubatan yang mahir dalam High Altitude Sickness untuk memberi perlindungan, perubatan di dalam pesawat sehingga ke kawasan pengguguran,” jelasnya lagi.
Pada latihan kali ini, semua intake perlu melalui 4 peringkat yang telah digariskan bermula dengan melakukan penyusupan dengan menggunakan teknik HAHO.
“Kemudian, anggota akan melaksanakan misi di kawasan musuh dan peringkat terakhir adalah penarikan keluar yang telah dirancang,
“Diantara peringkat-peringkat yang dilaksanakan, di selitkan juga keperluan bagi intake melaksanakan taktik, teknik dan prosedur yang sensitif yang terdapat dalam operasi klandestin,” jelasnya lagi.
21 GGK sentiasa siap sedia hadapi ancaman hibrid
Sementara itu, Pegawai Skuadron Sierra memaklumkan, Skn Sierra bersama lain-lain skuadron sentiasa berusaha untuk meningkatkan keupayaan masing-masing bagi menghadapi ancaman yang wujud pada masa kini dan masa hadapan yang wujud dalam bentuk ancaman hibird.
Jelasnya, peprangan hibrid yang wujud merupakan satu bentuk evidence yang membuktikan pasukan khusus seperti 21 GGK menjadi salah satu elemen terpenting dan kritikal dalam menghadapi ancaman tersebut.
“Sebagai contoh peperangan hibrid yang terjadi pada masa kini, yang mana diaplikasikan oleh Rusia terjadap Ukraina di wilayah Crimea dan Donbass pada tahun 2014 dan berlanjutan sehingga ke hari ini,
“Ada pepatah yang mengatakan, ‘Those who forget history will condemned to repeat it’ (mereka yang melupakan sejarah akan terhukum untuk mengulanginya),
“Ancaman peperangan hybrid yang terjadi antara Rusia dan Ukraina ianya bukan datang dari non-state actor seperti mana yang biasa kita ketahui tetapi ianya datang daripada state actor iaitu dari Rusia itu sendiri, satu kuasa besar di dunia,
“Tidak mustahil, ia digunakan oleh satu pihak yang cuba mengganggu kedaulatan dan keamanan rantau Asia Tenggara, terutamanya dalam di kawasan pertindihan wilayah Nine-Dash Line dan pertembungan antara Amerika Syarikat dan China di Laut China Selatan,” ujarnya lagi.
Oleh sebab itu, beliau berkata, keupayaan Skn Sierra di dalam penyusupan melalui kaedah HAHO dan melaksanakan operasi khusus yang digariskan akan menjadikan 11 RGK dan 21 GGK pasukan yang lebih serba boleh serta multimission capable.
Tambahnya, pasukan khas ini perlu mengekalkan full spectrum of special operation forces bagi menjadi tip of the spear bagi Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menjaga kepentingan strategik negara. -airtimes.my
#airtimes #HAHO #pertahanan #GGK #RGK #freefall #specialforces