Home SemasaGlobal Korea Selatan batalkan zon pemampan ketenteraan dengan Pyongyang

Korea Selatan batalkan zon pemampan ketenteraan dengan Pyongyang

by M.Daim

SEOUL, 9 JAN – Pihak tentera Korea Selatan menyatakan zon pemampan ketenteraan dengan Pyongyang telah dibatalkan.

Zon pemampan maritim yang dibentuk pada tahun 2018 melalui perjanjian antara kedua-dua pihak. Perjanjian itu menetapkan tiada sebarang aktiviti ketenteraan di kawasan dikenali sebagai Northern Limit Line

Selain itu, perjanjian ini turut melarang sebarang aktiviti mahupun latihan ketenteraan pada kedua-dua pihak dalam lingkungan 5 kilometer dari NLL.

Pembatalan tersebut dibuat selepas Korea Utara melancarkan siri serangan artileri selama tiga hari berturut-turut pada Jumaat hingga Ahad.

“Korea Utara telah melancarkan tembakan artileri di kawasan Laut Kuning selama 3 hari berturut-turut,

“Oleh yang demikian, zon pemampan yang menghalang sebarang tindakan permusuhan tidak lagi wujud,” kata jurucakap tentera Korea Selatan, Kolonel Lee Sung-jun dalam laporan media Korea Selatan.

Pertempuran di Yeonpyeog pada 1999 dan 2002 meyaksikan pertembungan kapal tentera laut di antara kedua-dua pihak.

Pembatalan zon pemampan ini sekaligus menandakan kawasan Semenanjung Korea berhadapan situasi yang kian meruncing.

Ini terutamanya selepas Presiden Korea Utara, Kim Jong-un telah menyatakan hubungan Pyongyang dan Seoul adalah dua negara bermusuhan.

Pemimpin itu menyatakan perkara tersebut dalam satu mesyuarat peringkat tertinggi di Korea Utara pada akhir tahun 2023.

Pada masa yang sama, Kim menyatakan pihak tentera Korea Utara perlu bersedia untuk berhadapan dengan situasi peperangan pada bila-bila masa.

ROKS CHEONAN merupakan kapal kovet kelas POHANG yang tenggelam di kawasan NLL pada tahun 2010.

Perang Korea yang berlaku antara kedua-dua pihak sebelum ini berlaku untuk tempoh 3 tahun pada awal 1950-an. Peperangan tersebut berakhir dengan perjanjian gencatan senjata di antara kedua-dua pihak pada 27 Julai 1953.

Pun begitu, perjanjian ini tidak menamatkan peperangan di antara Korea Utara dan Korea Selatan walaupun ia telah dimeterai pada hampir 70 tahun lalu.

Semenjak peperangan berakhir, pertempuran dan provokasi di kawasan sempadan masih lagi berlaku termasuk di NLL.

NLL menyaksikan 2 pertempuran di kawasan Yeonpyeong pada 1999 dan 2002. Selain itu, Korea Selatan telah melepaskan tembakan terhadap 3 kapal tentera laut Pyongyang yang memasuki kawasan perairan Daecheong.

Kawasan ini menjadi tumpuan dunia apanila sebuah kapal kovet Korea Selatan, ROKS CHEONAN tenggelam selepas berlaku satu letupan. Insiden berlaku pada 26 Mac 2010 itu mengorbankan 46 nyawa dan mencederakan 58 yang lain.

Pulau Yeonpyeong pernah dibedil oleh serangan artileri dan roket oleh Korea Utara pada November 2010.

Siasatan insiden yang dilaksanakan oleh Korea Selatan memutuskan kapal tersebut telah terkena serangan torpedo dari kapal selam Korea Utara. Ia berdasarkan serpihan besi dan juga kesan bahan letupan yang ditemui di kawasan kejadian. Pun begitu, Pyongyang menafikan penglibatan mereka dalam insiden tersebut.

Selain daripada insiden ROKS Cheonan, kawasan NLL turut menyaksikan serangan artileri oleh Korea Utara terhadap Pulau Yeonpyeong. Dalam kejadian yang berlaku pada November 2010, Korea Utara telah melepaskan 170 tembakan artileri dan roket terhadap kawasan pulau. Inisden tersebut telah menyebabkan 2 anggota tentera dan 2 warga Korea Selatan maut. Selain itu, 2 sistem artileri gerak kendiri (SPH) K-9 Thunder mengalami kerosakan. – airtimes.my

#AirTimes #Global #Korea

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!