Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara RMAF Golden Eagle Skydive pamer konsistensi pasukan payung terjun TUDM

RMAF Golden Eagle Skydive pamer konsistensi pasukan payung terjun TUDM

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 29 Dis – RMAF Golden Eagle Skydive dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sekali lagi berjaya memenangi tempat kedua Kejohanan Payung Terjun Gerak Khas Skydive Challenge 2023.

Pertandingan yang disertai 6 pasukan itu telah diadakan di Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK), Kem Sungai Udang, Melaka pada 21 hingga 24 Disember lalu.

Pasukan RMAF Golden Eagle Skydive dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Menurut TUDM, menerusi acara ketepatan mendarat payung sukan, RMAF Golden Eagle Skydive telah membuktikan tahap konsistensi pasukan payung terjun apabila berjaya menewaskan pasukan Tentera Darat Malaysia yang diwakili oleh Gerup Gerak Khas (GGK) dan Pasukan Khas Laut (PASKAL) dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Johan keseluruhan pertandingan telah dimenangi oleh pasukan Komando 69 (VAT69) dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Panglima 21 GGK, Mejar Jeneral Adi Ridzwan Abdullah.

#pertahanan #TUDM #airtimes #GGK

Related Articles

Leave a Reply