Home SemasaGlobal Korea Utara lancar peluru berpandu balistik antara benua

Korea Utara lancar peluru berpandu balistik antara benua

by M.Daim

SEOUL, 18 DIS – Pihak Korea Selatan dan Jepun hari ini mengesahkan Korea Utara telah melancarkan peluru berpandu balistik antara benua.

Pejabat Ketua Turus Bersama (JCS) Republik Korea dalam satu kenyataan berkata, mereka telah mengesan penembakan peluru berpandu tersebut pada awal pagi Isnin.

“Pada pukul 8.24 pagi (7.24 pagi waktu Malaysia), Korea Utara telah melancarkan peluru berpandu balisitik di Laut Timur,” katanya.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Jepun menyatakan peluru berpandu tersebut telah terbang selama 73 minit.

“Peluru berpandu tersebut telah terbang sejauh 1,000 kilometer dan mencatatkan altitud maksimum 6,000 kilometer,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, peluru berpandu tersebut dipercayai telah jatuh di dalam Zon Ekonomi Eksklusif Negara Matahari Terbit itu.

Pada masa yang sama, pihak Tokyo menyatakan mereka memandang serius perkembangan mutakhir oleh Korea Utara yang telah mengancam keselamatan Jepun.

Sementara itu, pihak JCS Korea Selatan menegaskan mereka mengutuk tindakan melulu oleh Pyongyang cuba menimbulkan provokasi serta mengancam keselamatan serta kestabilan rantau Asia Timur. – airtimes.my

#AirTimes #KoreaSelatan #Jepun #KoreaUtara #ICBM

Related Articles

Leave a Reply