Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Jambatan runtuh akibat banjir, 4 kampung di Kuala Krai terjejas – Air Times News Network
Home Semasa Jambatan runtuh akibat banjir, 4 kampung di Kuala Krai terjejas

Jambatan runtuh akibat banjir, 4 kampung di Kuala Krai terjejas

by Bernama

KUALA KRAI, 18 Dis – Kira-kira 500 penduduk daripada empat kampung dekat Chenulang di Kuala Krai, Kelantan terputus hubungan apabila sebuah jambatan runtuh akibat banjir yang berlaku baru-baru ini.

Empat kampung itu adalah Pasir Jering, Dusun Ban, Dusun Bunut dan Batu Pagar.

Penduduk Mohd Mahdam Abdullah, 30, dari Kampung Pasir Jering berkata kejadian tersebut disedarinya satu tengah hari semalam selepas air di kawasan rumahnya mulai surut.

“Walaupun banjir besar pernah berlaku pada 2014 tetapi jambatan ini tidak runtuh dan kejadian ini adalah kali pertama berlaku di kampung kami.

“Apabila jambatan runtuh ia akan menyukarkan penduduk kampung untuk melakukan aktiviti harian seperti membeli kelengkapan dapur dan sebagainya,” katanya ketika ditemui pemberita di situ.

Dia berharap pihak berwajib segera membina jambatan baru supaya penduduk dapat melakukan rutin harian tanpa sebarang masalah.

Sementara itu, Panglima Briged Kelapan Infantri Brig Jen Datuk Azudin Hassan ketika mengadakan tinjauan di lokasi kejadian berkata buat masa ini, pihaknya menyediakan dua bot dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan sebuah bot dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk penduduk sekiranya berlaku kecemasan.

“Hampir 55 pegawai dan anggota polis, bomba, tentera dan APM bertugas untuk memastikan keselamatan penduduk terjamin,” katanya. -Bernama

#semasa #airtimes #ATM #Kelantan

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?