Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
ATM terima perolehan peralatan sokongan laksana OP MURNI – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan ATM terima perolehan peralatan sokongan laksana OP MURNI

ATM terima perolehan peralatan sokongan laksana OP MURNI

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menerima sumbangan dari Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi keperluan perolehan peralatan sokongan Operasi Murni (OP MURNI) untuk kegunaan operasi semasa dan fasa pascabanjir.

Kementerian Pertahanan (MINDEF) memaklumkan, antara aset semasa yang telah dilaksanakan perolehannya adalah seperti pelampung dewasa, jaket keselamatan kanak-kanak, payung dan beberapa keperluan lain.

Manakala aset pascabanjir pula adalah barang-barang bagi keperluan pembersihan seperti shavel, rubber boot, berus dan lain-lain. Jumlah keseluruhan perolehan tersebut adalah sebanyak RM100,000.00.

Menurut MINDEF, ATM juga turut menerima perolehan kelengkapan mobiliti operasi bencana bagi pengoperasian Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) bernilai RM9.97 juta seperti yang diumumkan pada Mac lalu.

“Antara aset yang diterima adalah seperti Rubber Inflatable Boat (RIB) Complete with Outboat Motor (OBM) 40HP, Assault Boat Aluminium ‘Vee’ bottom Complete with OBM 60HP, Trailer Boat, HADR Boat Carrier dan Trak 1 Tan 4 x 4 – Fitted for Radio (FFR),” jelas kenyaatan itu.

Tambahnya, sehingga kini, ATM sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan dengan ketumbukan seramai 995 pegawai dan 16,094 anggota bagi ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di seluruh negara.

Antara kawasan yang kini menerima taburan hujan yang tinggi dan sedang mengalami banjir adalah di negeri Kelantan, Terengganu, Selangor dan Perak.

“ATM kini sedang dan telah mengatur gerak pasukan bantuan termasuk bantuan menyelamat dan memindah mangsa banjir di Pusat Penempatan Sementara (PPS), memberi bantuan di PPS serta mengatur gerak Forward Medical Team bagi membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di dalam pemeriksaan kesihatan,” jelanya lagi.

Terdahulu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah menerima taklimat OP MURNI daripada peneraju operasi iaitu Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan yang turut dihadiri oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman di Wisma Pertahanan, hari ini.

“Menteri Pertahanan semasa taklimat bersama pegawai kanan ATM turut menyatakan bahawa persediaan ATM dalam menghadapi banjir ini adalah sebagai langkah bagi memastikan segala kemungkinan berkenaan bencana alam ini dapat diminimumkan,” ujar MINDEF lagi. -airtimes.my

#pertahanan #airtimes #banjir #ATM

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?