Home SemasaGlobal Jet pejuang F-16 Amerika Syarikat terhempas di Korea Selatan

Jet pejuang F-16 Amerika Syarikat terhempas di Korea Selatan

by M.Daim

SEOUL, 11 DIS – Sebuah jet pejuang F-16 Tentera Udara Amerika Syarikat dilaporkan terhempas di kawasan perairan Korea Selatan.

Kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 8.43 waktu tempatan.

“Jet pejuang yang dioperasikan oleh 8th Fighter Wing itu telah berlepas dari Kunsan Air Base,

“Semasa terbang di kawasan perairan Laut Kuning, pesawat tersebut mengalami kecemasan dan terhempas,” lapor agensi Yonhap.

Agensi itu turut memetik kenyataan tentera Amerika Syarikat yang mengesahkan kejadian tersebut.

“Juruterbang telah berjaya diselamatkan dan berada dalam keadaan stabil,” kata laporan itu.

Tambahnya, punca kejadian masih lagi belum diketahui dan siasatan dalaman akan dilancarkan oleh pihak tentera. – airtimes.my

#AirTimes #Global #KoreaSelatan #F16

Related Articles

Leave a Reply