Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Perang Gaza ragut 16,248 nyawa – Air Times News Network
Home SemasaGlobal Perang Gaza ragut 16,248 nyawa

Perang Gaza ragut 16,248 nyawa

by M.Daim

GAZA, 6 DIS – Pihak pejabat media kerajaan Gaza hari ini angka kematian di wilayah bergolak itu telah meningkat kepada 16,248.

Angka itu merangkumi 7,112 kanak-kanak dan 4,885 wanita.

“Seramai 81 wartawan, 286 petugas perubatan termasuk doktor serta 32 anggota penyelamat disahkan terkorban,

“Selain itu, 43,616 dilaporkan cedera dan 7,600 dikhuatiri hilang,” kata pihak Pejabat Media Kerajaan Gaza dalam satu kenyataan ringkas,

Menurutnya, situasi kemanusiaan di Gaza semakin meruncing dengan melihat keadaan pelarian yang terpaksa mencari perlindungan.

“Lebih 1.5 juta penduduk telah meninggalkan rumah mereka dan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan makanan, minuma serta ubat-ubatan,

“Selain itu, pelarian ini juga terpaksa hidup dalam keadaan yang begitu melarat,” jelasnya.

Selain daripada itu, penularan wabak penyakit dilaporkan berlaku dan menjejaskan keadaan pelarian.

Malah, mereka terpaksa berhadapan dengan keadaan cuaca yang sejuk. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Global

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?