if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Pertahanan dan Keselamatan Kontinjen tetap semangat, walau berdepan cabaran getir – Komander MALBATT 850-10

Kontinjen tetap semangat, walau berdepan cabaran getir – Komander MALBATT 850-10

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=gHXl__YYq4s[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 5 DIS – Fasa terakhir pasukan pengaman Batalion Malaysia (MALBATT) 850-10 di Lubnan, berdepan cabaran getir susulan konflik peperangan Israel dan Palestin yang tercetus sejak 7 Oktober lalu.

Walaupun konflik peperangan itu memberi kesan kepada operasi dan pergerakan, ia tidak menjejaskan moral serta semangat anggota MALBATT 850-10 ketika bertugas di sana.

Berkongsi pengalaman itu, Komander MALBATT 850-10, Kolonel Mohd Rizman Ramli berkata, sepanjang 387 hari bertugas dalam misi pengaman di Lubnan, pasukan MALBATT-10 tidak pernah gentar bahkan sentiasa bersemangat meskipun turut menerima kesan daripada konflik tersebut.

Menurutnya, pada fasa tersebut, kontinjen MALBATT 850-10 lebih memberi tumpuan kepada keselamatan kem dengan memastikan anggota dan peralatan berada dalam keadaan baik bagi berdepan serangan yang tidak dijangka.

“Sekiranya berlaku serangan di kawasan sempadan tersebut, kami dihadkan pergerakkan terutamanya apabila perlu melakukan ronda berkenderaan, Ada ketika apabila berlaku serangan kami tidak dibenarkan keluar daripada kem demi memastikan keselamatan semua anggota UNIFIL,

“Penugasan ketika itu agak sedikit terjejas tetapi kami lebih kepada keselamatan di dalam kem bagi memastikan keselamatan peralatan dalam keadaan baik bagi memastikan ianya tidak terjejas dengan mana-mana serangan yang tidak dapat dijangkakan,

“Namun, anggota MALBATT 850-10 masih tetap bersemangat walaupun serangan tersebut sedikit sebanyak agak menakutkan mereka terutama apabila mendengar bunyi letupan berkenaan. Jarak serangan sebenarnya 20 kilometer jauh dari tempat kami,” katanya.

Kolonel Mohd Rizman Ramli ketika mengetuai Perbarisan Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB) dan Pembubaran Malaysian Battalion 850-10 di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), semalam. Foto: AirTimes/N.Huda

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Majlis Perbarisan Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB) dan Pembubaran Malaysian Battalion 850-10 di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), pada Isnin.

Dalam masa yang sama, Mohd Rizman turut meluahkan rasa bersyukur kerana telah melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan serta berjaya membawa kesemua kontinjen pulang ke tanah air dengan selamat.

“Terima kasih Kementerian Pertahanan (MINDEF), pucuk pimpinan tertinggi ATM kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui MALBATT 850-10 selama setahun, 387 hari sebenarnya,

“Dengan kekuatan penuh, peralatan yang cukup dan kenderaan yang mantap untuk melaksanakan tugas tersebut, ia sebagai satu penghormatan untuk saya untuk memimpin seramai 854 anggota sepanjang berada di Lubnan,

“Kepercayaan itu saya balas dengan membawa balik semua mereka dengan selamat. Kami juga telah mencapai pelbagai kejayaan serta mendapat beberapa sijil penghargaan diatas pencapaian termasuk apa yang kami persembahkan sepanjang berada di sana,” ujarnya lagi.

Sepanjang 387 hari bertugas dalam misi pengaman di Lubnan, pasukan MALBATT-10 tidak pernah gentar bahkan sentiasa bersemangat meskipun turut menerima kesan daripada konflik tersebut. – Foto: AirTimes/N.Huda

Kontinjen MALBATT 850-10 yang dianggotai seramai 854 pegawai dan anggota itu memulakan misi UNIFIL di Lubnan pada 27 Oktober tahun lalu dan berakhir 14 November lepas.

MALBATT ditempatkan di Kem Ma’rakah dan Kem Tibnin serta di bawah kawalan operasi Sektor Barat UNIFIL. -airtimes.my

#pertahanan #MALBATT #Malaysia #ATM #Lubnan #Palestin #Israel

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?