Home SemasaGlobal Korea Selatan mula bina kapal perang baharu Filipina

Korea Selatan mula bina kapal perang baharu Filipina

by M.Daim

MANILA, 4 DIS – Program perolehan 2 buah kapal kovet misil Tentera Laut Filipina (Philippine Navy, PN) mengorak langkah baharu.

Upacara memotong besi (steel cutting) dan peletakan lunas kapal (keel laying) untuk kedua-dua kapal tersebut telah bermula pada akhir November lalu.

Pihak PN menyatakan upacara peletakan lunas kapal pertama dan pemotongan besi kapal kedua telah dilaksanakan di limbungan kapal HD Hyundai Heavy Industries (HD HHI) di Ulsan, Korea Selatan.

“Kedua-dua upacara ini menunjukkan permulaan proses perolehan kovet tentera laut Filipina,

“Ia akan meningkatkan keupayaan dan kemampuan tentera laut sebagai angkatan yang moden serta mempunyai pelbagai keupayaan,” kata jurucakap PN, Captain Benjo Negranza dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, upacara tersebut disaksikan oleh wakil angkatan laut Filipina pada 22 November lalu.

Kedua-dua buah kapal kovet ini merupakan sebahagian daripada pelaksanaan perolehan aset untuk PN yang dirangkumkan dalam Fasa Kedua Program Modenisasi Angkatan Tentera Filipina.

Perolehan kapal ini bermula dengan penganugerahan kontrak pembinaan kapal kepada HD HHI pada 28 Disember 2021.

Melalui pelan perolehan bernilai US$550 million (RM2.57 bilion), kapal pertama dijangka siap pada tahun 2025. – airtimes.my

#AirTimes #Filipina

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?