if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home SemasaGlobal Gencatan sementara diteruskan pada saat-saat akhir

Gencatan sementara diteruskan pada saat-saat akhir

by M.Daim

GAZA, 30 NOV – Israel dan Hamas telah bersetuju untuk melanjutkan gencatan sementara di Gaza untuk tempoh 1 hari lagi.

Perkara tersebut dinyatakan oleh kedua-dua pihak melalui saluran rasmi masing-masing.

“Telah dipersetujui bahawa gencatan sementara dilanjutkan untuk hari ketujuh, iaitu hari Khamis (hari ini),” kata Hamas dalam satu kenyataan ringkas.

Sementara itu, pihak Israel melalui tenteranya menyatakan gencatan sementara diteruskan.

“Memandangkan terdapat usaha rundingan untuk meneruskan proses pembebasan dan syarat rangka kerja, gencatan sementara akan diteruskan,” katanya.

Persetujuan antara kedua-dua pihak dibuat pada tempoh 1 jam terakhir sebelum gencatan sementara tamat pada pukul 7 pagi hari ini waktu Gaza (1 tengah hari waktu Malaysia). – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Global

Related Articles

Leave a Reply