if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa KKD teliti teknologi satelit, tambah baik sistem komunikasi negara

KKD teliti teknologi satelit, tambah baik sistem komunikasi negara

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 27 NOV – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya sedang meneliti penggunaan teknologi satelit sebagai menara telekomunikasi dalam usaha menambah baik sistem komunikasi di negara ini.

Beliau menjelaskan, sekiranya teknologi itu dapat dilaksanakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi, dasar ‘di mana ada jalan, di situ ada Internet’ dapat dicapai dan dilaksanakan dengan baik.

“Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meneliti beberapa teknologi yang baru selain daripada Internet melalui satelit. Ada beberapa teknologi baru sedang dirangka yang menggunakan satelit sebagai menara komunikasi,

“Dalam tahun-tahun akan datang ini lebih kurang 2 tahun lebih, ada beberapa syarikat yang sedang meneliti penggunaan teknologi satelit sebagai menara telekomunikasi. Jadi ini sedang dalam penelitian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Aknan Ehtook yang bertanyakan mengenai kemajuan inisiatif perkongsian rangkaian yang mengambil kira Sarawak sebagai model pelaksanaan di Dewan Negara, hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, SKMM dan syarikat telekomunikasi telah mencapai persetujuan untuk membantu menyelesaikan masalah menara tidak berkuali di Sarawak yang melibatkan 600 menara di bawah Lembaga Multimedia Sarawak (SMA).

Menurutnya, walaupun usaha itu menelan belanja yang agak besar, ia membuktikan bahawa kerjasama antara SKMM dan syarikat telekomunikasi tersebut boleh dicapai.

“Cuma (kerjasama ini) perlu perbincangan dengan dibawa ke meja perundingan sebelum dikeluarkan apa-apa arahan,

“Jadi ini satu model yang saya harap dapat kita guna di negeri lain,” ujarnya lagi. -airtimes.my

#semasa #airtimes #KKD #SKMM

Related Articles

Leave a Reply