Perkembangan teknologi masa kini bergerak pantas yang memberikan pelbagai kemudahan kepada manusia. Kita kini berada di era Industrial Revolution 4.0 atau IR4.0 yang menghubungkan manusia kepada pelbagai teknologi kepada dunia maya.
Dalam mendepani era IR5.0 pada tahun 2026 nanti, sebahagian teknologi tersebut telah pun ada seperti teknologi blockchain, 5G dan drone.
Justeru itu Pegawai-pegawai penyelidik Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) yang diketuai oleh Brigedier Jeneral Datuk Abd Razak telah diberi peluang untuk menguji dilapangan dua jenis drone yang dikategorikan sebagai Unmanned Aircraft System Generasi Baru.
Datuk Razak yang berpengalaman mengoperasikan lebih daripada 10 jenis UAS atau drone sejak 2014, amat berbesar hati untuk melihat kemampuan dua jenis drone tersebut. Sebuah dron jenis multirotor hanya seberat 1.7kg dan yang sebuah lagi jenis Vertical Take Off and Landing (VTOL) fixed wing seberat 17 kg. Kedua-dua drone ini secara fizikalnya tidak berbeza dengan drone-drone yang ada di pasaran sekarang.
Sebagai Subject Matter Expert (SME) dalam bidang UAS ini apa yang beliau ingin lihat adalah, apakah kelebihan-kelebihan yang tidak ada pada dron lain yang sama kelas dengannya.
Contohnya bagi drone bersaiz kecil ini kebiasannya sensor atau payload tidak boleh ditukar-tukar, teknologi sensor juga terhad kepada optical dan infra red sahaja, masa penerbangan juga kebiasannya tidak melebihi 30 minit dan seorang pengendali drone hanya mengawal satu drone sahaja.
Lokasi yang dipilih untuk pengujian dilapangan kali ini adalah di sekitar Felda Cegar Perah yang bersempadan dengan taman negara.
Pemilihan lokasi adalah berdasarkan terdapat beberapa kriteria didalam projek Proof of Concept (POC) MYSA yang menggunakan dron milik agensi tidak menunjukkan keputusan yang baik, justeru dengan menggunakan dron generasi baharu ini semestinya akan memberikan keputusan yang lebih baik.
Hasil pengujian mendapati drone jenis multirotor seberat 1.7kg mampu untuk terbang selama lebih 40 minit, payload jenis interchangeable dengan payload lain, teknologi starlight yang mantap melebihi kemampuan teknologi infra-red dan mempunyai kemampuan Air Mesh Network atau drone boleh diterbangkan secara berkumpulan dan drone berkomunikasi antara drone lain yang dikawal seorang pengendali sahaja.
Apa yang menariknya adalah system artificial intelligence (AI) yang dibangunkan dalam mengesan objek-objek bersifat sebagai open AI. Ini membolehkan ianya dibangunkan dan ditambah oleh pengguna. – airtimes.my