Home SemasaGlobal Jangkitan saluran pernafasan meningkat secara mendadak di China

Jangkitan saluran pernafasan meningkat secara mendadak di China

by M.Daim

GENEVA, 24 NOV – Jangkitan penyakit melibatkan saluran pernafasan dan radang paru-paru dilaporkan meningkat secara mendadak di China.

Dilaporkan, angka jangkitan telah meningkat semenjak beberapa bulan yang lalu.

Pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan menjelaskan pihaknya telah meminta China mengemukakan data berhubung perkara tersebut baru-baru ini.

Menurutnya dalam satu kenyataan, kawasan utara China telah menunjukkan peningkatan jangkitan influenza yang mempunyai kadar yang sama seperti pada tahun 2020.

“Kami telah meminta laporan jangkitan serta maklumat klinikal berhubung perkara tersebut dari China,” katanya dalam satu kenyataan.

WHO turut menjelaskan pihaknya turut meminta keputusan ujian makmal dan laporan klinikal.

Pada 13 November lalu, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China melaporkan peningkatan penyakit pernafasan adalah disebabkan penarikan sekatan COVID-19 dan perebakan patogen yang diketahui, iaitu influenza dan jangkitan bakteria biasa yang menjejaskan kanak-kanak termasuk mycoplasma pneumonia.

WHO menyatakan pihaknya mengambil maklum laporan media dan juga sistem pengawasan penyakit awam ProMED melaporkan kelompok radang paru-paru yang tidak didiagnosis pada kanak-kanak di utara China.

“Semenjak pentengahan Oktober, kawasan utara China melaporkan peningkatan jangkitan penyakit seperti influenza,

“China mempunyai sistem bagi mengenalpasti maklumat dan trend berkaitan influenza, jangkitan seperti influenza, RSV dan SARS-CoV-2 (COVID-19),” kata kenyataan itu. –  airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Global #China

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!