Home Pertahanan dan Keselamatan MP jadi askar, risau nanti banyak PRK perlu diadakan – Mohamad

MP jadi askar, risau nanti banyak PRK perlu diadakan – Mohamad

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 23 NOV – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Datuk Seri Mohamad Hasan bersetuju sekiranya Ahli Parlimen diserap sebagai anggota tentera pelapis dalam usaha menarik minat belia, khususnya bukan Melayu menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Beliau menyatakan perkara tersebut selepas mendengar celahan oleh Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024) peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pertahanan, hari ini.

“Saya setuju Ahli Parlimen jadi askar pelapis, tapi saya takut banyak kena ada Pilihan Raya Kecik (PRK),” kata Mohamad secara berseloroh sehingga membuatkan Ahli Parlimen lain ketawa.

Terdahulu RSN Rayer membangkitkan cadangan itu agar Ahli Parlimen menjadi askar pelapis bagi menarik minat orang ramai menyertai tentera.

Selain itu, Rayer terlebih dulu mengemukakan soalan berkaitan penyertaan bukan Melayu dalam bidang ketenteraan di negara ini.

Mengulas lanjut, Mohamad memaklumkan, pihaknya tidak menetapkan sebarang kouta kaum dalam sesi pengambilan kemasukan anggota tentera di Malaysia.

Jelasnya, meskipun pelbagai usaha dilakukan, penyertaan bukan Melayu dalam bidang ketenteraan masih kurang mendapat sambutan.

“Sehingga kini, kita (MINDEF) dan ATM telah mengadakan pelbagai cara serta promosi termasuk di sekolah, di universiti serta menggunakan NGO-NGO supaya dapat menarik lebih ramai anak-anak Malaysia yang bukan Bumiputera untuk memasuki bidang ketenteraan,

“Tetapi hasilnya masih tidak memberangsangkan,” ujarnya lagi. -airtimes.my

#pertahanan #airtimes #Bumiputera #ATM

Related Articles

Leave a Reply