Home Pertahanan dan Keselamatan Tentera 6 negara selesai laksana latihan anti-keganasan di China

Tentera 6 negara selesai laksana latihan anti-keganasan di China

by Nurulhuda

GUANGDONG, 22 NOV – Tentera dari 6 buah negara telah selesai melaksanakan latihan anti keganasan dan keselamatan maritim selama 10 hari.

Eksesais Aman Youyi 2023 yang berlangsung semenjak 13 November lalu ini berkonsepkan Military Operation on Joint Anti-Terrorism and Safeguarding Maritime Security yang dilaksanakan di beberapa kawasan am di Zhanjiang Wilayah Guangdong, China.

Markas Angkatan Bersama (MK AB) memaklumkan, eksesais kali ini melibatkan penyertaan dari 6 negara iaitu China, Malaysia, Laos, Cambodia, Thailand dan Vietnam dengan kehadiran seramai 3,900 anggota tentera.

“Eksesais Aman Youyi 2023 dianjurkan bagi mengeratkan hubungan antara negara yang terlibat dan menggalakkan kerjasama ketenteraan antara negara serantau dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan serantau secara bersama,

“Selain itu, ia juga untuk meningkatkan keupayaan negara dirantau ini khususnya dalam menentang keganasan menjaga keselamatan maritim,” jelas MK AB dalam hantaran di media sosialnya, hari ini.

Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman bersama anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terlibat Eksesais Aman Youyi 2023. Foto: MK AB

Majlis penutup eksesais telah disempurnakan oleh Jeneral Liu Zhenli, Chief of Staff of Joint Staff Department of Central Military Commission (CMC), People’s Liberation Army (PLA) di Zhanjiang Integrated Field of PLA Army’s Malong Combined Tactical Training Base, Zhanjiang, Guangdong, China.

Ia turut dihadiri Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman dan Panglima-Panglima dari Thailand, Cambodia, Vietnam dan Laos.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menghantar seramai 167 anggota termasuk 2 buah kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD SELANGOR serta Pasukan Khusus ATM yang diketuai oleh Panglima 21 Grup Gerak Khas (GGK), Mejar Jeneral Adi Ridzwan Abdullah.-airtimes.my

#pertahanan #ATM #Malaysia #China #airtimes

Related Articles

Leave a Reply