Home Semasa Banjir di Terengganu semakin buruk, 1,431 mangsa dipindahkan

Banjir di Terengganu semakin buruk, 1,431 mangsa dipindahkan

by Nurulhuda

KUALA TERENGGANU, 21 NOV – Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus meningkat apabila seramai 1,431 orang mangsa dipindahkan berbanding 1,070 orang pada Isnin.

Sehingga pagi ini, sebanyak 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di 4 daerah iaitu 7 di Kuala Nerus, 4 di Kuala Terengganu, 2 di Setiu dan satu di Marang.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, jumlah mangsa tertinggi yang dipindahkan ialah di daerah Kuala Nerus iaitu 699 orang daripada 189 keluarga.

“Kesemua mereka kini berlindung di 7 PPS iaitu Dewan Serbaguna Tok Jembal, Dewan Flat Batin Perdana, Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang, SK Bukit Nenas, SK Bukit Tunggal, Dewan Serbaguna Wakaf Catur dan Balai Raya Banggol Tok Jiring.

“Di Kuala Terengganu pula, jumlah mangsa ialah seramai 574 mangsa daripada 173 keluarga yang ditempatkan di 4 PPS iaitu di SK Chendering, SK Atas Tol, SK Pasir Panjang dan SK Gong Tok Nasek,

“Di Setiu pula, terdapat 2 PPS beroperasi iaitu Balai Raya Kampung Bintang dan Balai Raya Kampung Bari Besar yang menempatkan 26 mangsa daripada 6 keluarga,” kata kenyataan itu pada Selasa.

Sementara itu, di Marang, terdapat sebuah PPS baru dibuka untuk 132 mangsa daripada 32 keluarga di SK Bukit Gasing.

Ketika ini, hujan masih melanda di beberapa tempat di Terengganu.

Pada Isnin, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah memberi amaran hujan lebat di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu hingga Khamis ini.

Orang ramai dinasihatkan agar mendapatkan maklumat dan amaran semasa yang tepat melalui laman web JPS di pautan publicinfobanjir.water.gov.my, facebook @PubliclnfoBanjir dan twitter @JPS_InfoBanjir. -airtimes.my

#semasa #banjir #Terengganu #airtimes

Related Articles

Leave a Reply