SUBANG, 12 NOV – Seramai 211 anggota yang terdiri daripada 9 pegawai dan 191 anggota kumpulan ketiga Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) ke Lebanon membawa misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNIFIL) hari ini.
Ia termasuk 11 anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Rizan Mahat TUDM.
Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Noor Mohamad Akmar Mohd Dom TUDM dalam ucapannya berkata, penugasan kontinjen MALBATT kali ini lebih mencabar ekoran konflik Israel-Gaza yang telah tercetus sejak 7 Oktober lalu.
Menurutnya, sehingga kini, konflik ini dilihat semakin tegang kerana keterlibatan pihak Hisbullah di Selatan Lubnan, dimana serangan dan serangan balas berlaku diantara Hisbullah dan Israil pada setiap hari.

Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Noor Mohamad Akmar Mohd Dom TUDM berkata, penugasan kontijen MALBATT kali ini lebih mencabar ekoran konflik Israel-Gaza yang telah tercetus sejak 7 Oktober lalu. Foto: AirTimes/N.Huda
“Sudah pasti konflik ini akan memberi kesan kepada situasi keselamatan di Selatan Lubnan dan menjejaskan pengoperasian kontinjen MALBATT 850-10 serta MALBATT 850-11 yang dalam proses mengambil alih tugas dan tanggungjawab sekiranya ia berpanjangan,” jelasnya ketika berucap pada Majlis Penghantaran Kumpulan Ketiga MALBATT 850-11, di Pangkalan Udara Subang, hari ini.
Dalam pada itu, Noor Mohamad Akmar sempat menitipkan nasihat kepada 211 anggota terlibat dalam kontinjen ketiga agar sentiasa berwaspada dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang melanda.
“Sehubungan itu, semua anggota harus terus peka dengan peraturan serta undang-undang,
“Selain itu, saudara dan saudari juga perlu sentiasa mengekalkan sifat berkecuali, mengutamakan keselamatan serta mematuhi peraturan dan prosedur yang ditetapkan oleh pihak UNIFIL. Saya percaya warga MALBATT mampu memikul tanggungjawab dan amanah ini dengan sebaik mungkin,” ujarnya lagi.

Kumpulan kedua MALBATT 850-11 yang terdiri daripada 9 pegawai dan 191 anggota berlepas ke Lubnan dari Pangkalan Udara Subang pada jam 5 petang tadi. Foto: AirTimes/N.Huda
Terdahulu, kumpulan pertama yang diketuai oleh Komander MALBATT 850-11, Kolonel Burhan Sagoni bersama 49 pegawai dan 169 anggota LPP telah berlepas ke Lubnan pada 2 November lalu.
Kumpulan kedua MALBATT 850-11 yang diketuai Timbalan Komander MALBATT 850-11, Leftenan Kolonel Zainol Abdul Samad pula telah berlepas ke Lubnan pada 7 November 2023.
Manakala, penghantaran kumpulan keempat pada 16 November depan menjadikan keseluruhan anggota MALBATT 850-11 adalah 854 orang terdiri 82 pegawai dan 772 anggota. -airtimes.my
#pertahanan #MALBATT #Lubnan #ATM #airtimes