Home Pertahanan dan Keselamatan Senjata peninggalan Perang Dunia Pertama, Lewis Gun

Senjata peninggalan Perang Dunia Pertama, Lewis Gun

by Muaz Rizqi

Perang Dunia Pertama menjadi panggung bagi inovasi senjata api yang secara tidak langsung mengubah taktik serta strategi peperangan. Senjata api yang biasa digunakan ialah seperti senapan bolt-action dan mesingan ringan, termasuk Lewis Gun yang mendominasi kawasan medan pertempuran.

Mesingan Lewis itu telah dihasilkan oleh Isaac Newton Lewis pada tahun 1911 di United Kingdom. Senjata itu kemudiannya digunakan secara meluas oleh pasukan ketenteraan British pada tahun 1914.

Menjelang Perang Dunia Pertama, senjata itu telah mendapat perhatian dan turut meraih permintaan yang tinggi. Mesingan itu digunakan oleh pasukan infantri British dalam membuat serangan mahupun melakukan pertahanan di dalam kubu parit.

Tentera British menggunakan Lewis Gun di dalam kubu parit semasa Perang Dunia Pertama.

Mesingan itu turut digunakan ketika berlaku Perang Saudara Sepanyol yang bermula pada tahun 1936 sehingga 1939 dan konflik Vietnam iaitu konflik global berlangsung dari tahun 1955 hingga 1975.

Selain daripada United Kingdom, senjata itu juga turut digunakan oleh beberapa buah negara yang terdiri daripada Australia, Jepun, Perancis, New Zealand, Iraq, Jerman, Rusia, Vietnam dan banyak lagi.

Mesingan ini juga mempunyai laras sepanjang 1,283 mm serta mempunyai berat purata 13 kg.

Senjata itu menggunakan peluru yang berkaliber 7.92mm Mauser.

Namun secara umum, jarak jangkauan efektif tembakan senjata itu adalah 700 hingga 800 m.

Setelah Perang Dunia Pertama tamat, senjata Lewis Gun masih terus digunakan dengan kemunculan beberapa model dan modifikasi yang baru. Inovasi industri senjata api terus berkembang dan membawa perubahan yang besar kepada konflik sesebuah negara. -airtimes

#LewisGun #UnitedKingdom #pertahanan

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!