Home Pertahanan dan Keselamatan Raifal Lagenda Jepun, Arisaka Type 30

Raifal Lagenda Jepun, Arisaka Type 30

by Muaz Rizqi

Dalam meniti arus kemodenan pada masa kini, teknologi senjata api adalah merupakan salah satu keperluan penting dalam elemen ketenteraan. Sementara teknologi senjata api terus berkembang, secara tidak langsung ia turut memainkan peranan dalam berlakunya konflik serta perubahan politik terhadap sesebuah negara.

Raifal Arisaka Type-30 itu telah dihasilkan pada tahun 1895 di Tokyo bagi menggantikan raifal Murata yang digunakan sebelum itu. Ia diberikan nama Type 30 adalah bersempena usia pemerintahan Maharaja Meiji yang mencecah 30 tahun pada masa itu.

Senjata itu dikendalikan oleh Koishikawa Arsenal di bawah arahan Kolonel Nariakira Arisaka. Seterusnya ia telah digunakan secara meluas oleh tentera Imperial Jepun bermula pada tahun 1899 hingga 1945.

Senjata ini digunakan dalam pertempuran buat pertama kali dalam Pemberontakan Kumpulan Boxer di China pada tahun 1899. Arisaka Type-30 turut digunakan ketika konflik Jepun yang menentang Empayar Russia pada tahun 1904.

Selain Jepun, senjata itu juga turut digunakan oleh beberapa buah negara yang terdiri daripada Korea, China, Rusia, Sepanyol, Austria, United Kingdom dan banyak lagi.

Raifal ini juga mempunyai laras sepanjang 797 mm serta mempunyai berat purata 3.95 kg.

Senjata itu menggunakan peluru yang berkaliber 6.5x50mm Arisaka.

Namun secara umum, jarak jangkauan efektif tembakan raifal itu adalah 400 hingga 500 m.

Kemajuan senjata api tidak hanya mencerminkan teknologi, tetapi ia juga memberikan pengaruh yang mendalam kepada perkembangan sejarah dan juga tamadun terhadap sesebuah negara. -airtimes

#ArisakaType30 #Jepun #pertahanan

Related Articles

Leave a Reply