Home SemasaGlobal Parlimen Turkiye umum boikot, buang produk sokong keganasan Israel di Gaza

Parlimen Turkiye umum boikot, buang produk sokong keganasan Israel di Gaza

by M.Daim

ANKARA, 8 NOV – Pihak Parlimen Turkiye hari ini mengumumkan boikot produk yang menyokong tindakan Israel di Gaza.

Perkara tersebut disuarakan oleh Speaker Parlimen Turkiye, Numan Kurtulus.

“Di Parlimen Turkiye, kami tidak akan menggunakan sebarang produk dari syarikat yang menyokong tindakan agresi Israel,

“Kami tidak akan membeli (produk) mulai sekarang dan kami akan membuang produk yang telah di beli,” kata Numan seperti dilaporkan oleh Anadolu Agency.

Reuters pula memetik kenyataan sumber yang menyatakan boikot tersebut melibatkan produk Coca Cola dan Nestle.

Sementara itu, Al Jazeera memetik kenyataan Menteri Perdagangan Turkiye, Omer Bolat yang menjelaskan nilai dagangan dengan negara itu merosot sebanyak 50 peratus semenjak 7 Oktober lalu.

Hari ini, perang di Gaza telah berlarutan selama lebih 1 bulan dan menyaksikan angka korban yang meningkat.

Kementerian Kesihatan Palestin sebelum ini melaporkan seramai 10,328 orang termasuk 4,237 kanak-kanak maut di Gaza.

Sementara itu, 2,450 lagi dilaporkan hilang dan dipercayai masih terperangkap di bawah timbunan runtuhan bangunan. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Turkiye

Related Articles

Leave a Reply