AMMAN, 6 NOV – Tentera Udara Jordan telah menggugurkan sejumlah bantuan perubatan ke Gaza.
Perkara tersebut telah disahkan oleh Raja Jordan, Raja Abdullah II.
Menurut baginda, tentera udara negara itu telah menggugurkan bantuan perubatan ke lokasi Hospital Medan Jordan di dalam Gaza.

Bantuan perubatan telah digugurkan dengan menggunakan pesawat tentera udara ke dalam Gaza oleh Jordan.
“Ini adalah tanggungjawab kami untuk membantu saudara mara kita yang tercedera dalam perang Gaza,
“Kami sentiasa bersama saudara kami di Palestin,” titah Raja Jordan dalam akaun media sosial baginda. – airtimes.my