Home Semasa Boleh hina saya, tapi bukan dalam Dewan – Speaker

Boleh hina saya, tapi bukan dalam Dewan – Speaker

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menegaskan, beliau tidak akan melayan atau mengambil sebarang tindakan yang mempersoalkan kewibawaannya jika ia dibuat di luar dewan.

Sebaliknya Johari berkata, sebarang tindakan yang mempersoalkan kewibawaan dan keputusannya hanya akan diambil tindakan jika ia dibuat di dalam dewan.

“Berbeza dengan speaker sebelum ini, saya akan mengambil tindakan terhadap sebarang komen di Dewan Rakyat yang mempersoalkan kredibiliti dan keputusan saya,

“Apa-apa juga yang diungkapkan dalam dewan ini yang mempersoalkan kewibawaan dan keputusan saya, saya akan ambil tindakan, namun pun begitu sesiapa juga boleh hina saya di luar, boleh panggil saya tidak layak… tidak menjadi isu kepada saya,

“Saya berkhidmat untuk dewan ini, di luar terpulanglah nak kata tak cerdik ke, tak layak, ia bukan tugas saya,” katanya persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab perkara RSN Rayer (PH-Jelutong), yang menyatakan sama ada beliau akan mengambil tindakan terhadap pihak yang mengkritiknya di luar Dewan Rakyat.

Pada Jumaat, Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin mempersoalkan kredibiliti Johari sebagai speaker, mendakwa beliau tidak melayan Ahli Parlimen pembangkang dengan adil dalam perbahasan.

Pada masa sama, Johari berkata, beliau tidak berpihak sama ada kepada ahli Parlimen kerajaan mahupun pembangkang, sebaliknya hanya menjalankan tanggungjawab dengan mengendalikan perjalanan Dewan Rakyat dengan sebaiknya.

Beliau menjelaskan, pihaknya juga tidak berminat untuk bermain politik seperti mana tindakan sesetengah ahli Parlimen di luar sana.

“Saya di sini tidak memihak, di sebelah kanan saya bertanggungjawab, di sebelah kiri juga saya bertanggungjawab,

“Saya diletakkan di sini sebagai insan yang akan mengendalikan perjalanan (Parlimen) agar keputusan yang diambil memanfaatkan rakyat,” tegasnya lagi. -airtimes.my

#semasa #airtimes #Parlimen #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!