SINGAPURA, 5 NOV – Dalam tempoh tiga tahun lagi, Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) bakal mengoperasikan pesawat tempur paling canggih di dunia, F-35 Joint Strike Fighter (JSF) lantas menjarakkan lagi kuasa udaranya.
Perolehan pertama melibatkan empat buah pesawat manakala lapan buah dibuat pada pembelian seterusnya dengan kos keseluruhan dianggarkan kira-kira AS$2.75 bilion.
Penghantaran pertama psawat F-35B ini nanti akan dibuat di Amerika Syarikat (AS) yang mana pesawat tersebut ditempatkan di detasmen latihan.
Perancangan RSAF ialah memindahkan detasmen tersebut yang kini ditempatkan di
Luke Air Force Base, Arizona ke Ebbing Air National Guard Base, Fort Smith, Arkansas.
Bagi melancarkan proses penerimaan pesawat termoden itu nanti, RSAF telah menghantar
kumpulan juruterbangnya melawat fasilitas F-35 Lockheed Martin di Fort Worth, Texas.
Delegasi RSAF diketuai Komander Markas Pemerintahan Operasi Udara, Brig Jen Lim Kok Hong.
Sebagai sebahagian daripada lawatan itu melibatkan sesi perbincangan profesional mengenai F-35 Joint Strike Fighter (JSF).
Perbincangan tertumpu bagaimana memanfaatkan keupayaan canggih F-35 dengan lebih baik, aspek kejuruteraan dan penyelenggaraan.
Pasukan RSAF juga berpeluang mengendalikan simulator F-35 JSF bagi membiasakan diri dengan keupayaan utama pesawat yang bakal diterima.
Ini termasuk keupayaan pendaratan secara senyap, berlepas daripada landasan pendek dan secara menegak serta mengendalikan suite sensor canggihnya.
Semestinya lawatan ini dapat membantu juruterbang RSAF menentukan kebolehoperasian dan keperluan pesawat F-35 untuk diintegrasikan
dengan seluruh sistem pertahanan yang mereka miliki
Dalam konteks serantau, RSAF khususnya Angkatan Tentera Singapura (SAF) dilihat sentiasa meletakkan diri di hadapan dalam penguasaan dan pemilikan teknologi ketenteraan moden.
Tidak dapat dinafikan kemajuan SAF dalam memiliki angkatan tentera moden turut memberi impak positif dalam mengimbangi keselamatan serantau.
Ketika ini tunjang utama pertahanan udara Singapura ialah kira-kira 60 pesawat F-16 varian C dan D selain 40 pesawat F-15SG.
RSAF juga sedang menaik taraf pesawat-pesawat F-16C/D Blok 52 termasuk membolehkan pesawat melancarkan peluru berpandu JDAM dan AIM-9X selain meningkatkan sistem radar dan avionik. – airtimes.my
#AirTimes #Singapura #Global