Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Eksesais Kekar MALINDO: Tingkat keupayaan operasi TDM-TNI hadapi ancaman keselamatan – Air Times News Network
Home Semasa Eksesais Kekar MALINDO: Tingkat keupayaan operasi TDM-TNI hadapi ancaman keselamatan

Eksesais Kekar MALINDO: Tingkat keupayaan operasi TDM-TNI hadapi ancaman keselamatan

by Nurulhuda

TAWAU, 30 OKT – Eksesais Kekar Kartika Malaysia dan Indonesia (Kekar MALINDO) antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentara Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI-AD) membuktikan hubungan pertahanan diplomatik yang teguh antara kedua-dua negara.

Panglima Divisyen Kelima Infantri (5 Div), Mejar Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman berkata, eksesais bilateral itu dapat meningkatkan hubungan pertahanan kedua-dua negara melalui perkongsian ilmu, pengalaman dan kemahiran.

“Objektif utama eksesais bilateral ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan persefahaman, hubungan baik dan kerjasama antara TDM dan TNI-AD,

“Secara tidak langsung, melalui eksesais gabungan seperti ini siratulrahim di antara kedua-dua negara dapat ditingkatkan terutama di dalam dunia ketenteraan,

“Saya yakin, dengan persefahaman yang tinggi dan kemampuan beroperasi secara gabungan akan memberikan impak yang tinggi dalam mencapai hubungan bilateral di antara negara Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penutup Eksesais KEKAR MALINDO Siri 46AB/ 2023 di Felda Umas, pada Ahad.

Panglima Divisyen Kelima Infantri (5 Div), Mejar Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman bersama semua pegawai dan anggota TDM-TNI-AD yang terlibat dalam Eksesais Kekar Kartika Malaysia dan Indonesia (Kekar MALINDO) yang melabuhkan tirainya semalam.

Eksesais yang berlangsung sejak 22 Oktober lalu ini melibatkan kekuatan keseluruhan seramai 76 pegawai dan 766 anggota dari kedua buah negara.

Malek berkata, walaupun terdapat perbezaan latar belakang, budaya dan bahasa namun, ia tidak menjadi penghalang kepada kesemua pegawai serta anggota yang terlibat untuk bekerjasama.

“Sepanjang pelaksanaan eksesais in, kedua-dua angkatan telah berpeluang untuk meningkatkan pengalaman dan kemahiran dalam melaksanakan operasi secara gabungan,

“Selain itu, peserta juga berpeluang untuk berkongsi ilmu dan berkenalan dengan sahabat dari negara jiran,

“Adalah sangat penting untuk mengetahui bahawa walaupun kita berbeza latar belakang atau budaya, tetapi dengan semangat persaudaraan kita mampu bertukar pendapat, berbincang dan memberi kata sepakat dalam melaksanakan latihan serta operasi gabungan melibatkan kedua-dua negara untuk kebaikan bersama,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Malek dan Kepala Staf KODAM VI Mulawarman, Brigadier Jenderal Susilo dari TNI-AD turut menyaksikan serangan akhir gabungan diantara TDM dan TNI-AD ke pertahanan musuh di lokasi Felda Umas.

Turut hadir, Panglima 5 Briged, Brigedier Jeneral Mohd Sobirin Bin Hj Mohd Yusof dan Asistan Operasi KODAM VI Mulawarman Dari TNI AD, Kolonel Infanteri Mustakim. -airtimes.my

#TDM #TNI #pertahanan #airtimes #Sabah

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?