Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
65 individu ditahan menerusi operasi pusat hiburan, Op Noda di Kuantan – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan 65 individu ditahan menerusi operasi pusat hiburan, Op Noda di Kuantan

65 individu ditahan menerusi operasi pusat hiburan, Op Noda di Kuantan

by Bernama

KUANTAN, 29 Okt – Polis menahan 65 individu termasuk 49 warga asing melalui serbuan op pusat hiburan dan op noda di dua premis hiburan di Jalan Gambut, pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata daripada jumlah tahanan itu, 16 adalah warga tempatan termasuk 4 wanita dengan kesemua suspek berumur antara 21 hingga 49 tahun.

“Wanita warga asing yang ditahan berasal dari China, Thailand dan Vietnam dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) manakala lelaki asing dari Bangladesh, turut bekerja di premis tersebut.

“Premis dipercayai menawarkan perkhidmatan secara pakej berdasarkan kain selempang yang dirampas di lokasi tersebut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Jumaat lalu.

Wan Mohd Zahari berkata serbuan bermula 11 malam Jumaat dan tamat 5 pagi tadi, antara lain turut merampas wang tunai RM8,740, peralatan audio sistem dan 6 helai kain selempang yang tertera nombor 1,000, 520 dan 300.

Wan Mohd Zahari berkata saringan awal mendapati 10 daripada suspek positif dadah ketamin manakala seorang suspek lelaki warga tempatan berada dalam senarai dikehendaki polis Perak bagi kesalahan tipu.

Beliau berkata premis tersebut dipercayai aktif beroperasi selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pada 2022 pernah dikenakan tindakan kerana beroperasi melebihi masa. -BERNAMA

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?