Raifal M16 pada awalnya dikenali sebagai AR-15 turut merupakan salah sebuah senjata api paling ikonik dalam sejarah ketenteraan Amerika Syarikat dan juga mempengaruhi perkembangan senjata api moden.
M16 telah dihasilkan oleh Eugene Stoner pada tahun 1956. Armalite menjual hak perlesenan AR-15 kepada Colt’s Manufacturing Company pada tahun 1959 dan kemudian memasarkannya kepada pasukan ketenteraan Amerika Syarikat.
Raifal itu turut digunakan oleh pasukan tentera Amerika Syarikat semasa Perang Vietnam iaitu Kháng chiến chống Mỹ (Peperangan Menentang Amerika).
Selain Amerika Syarikat, raifal itu juga turut digunakan lebih daripada 50 buah negara yang terdiri daripada Afghanistan, Azerbaijan, Bahrain, Bangladesh, Bolivia, Brazil, Pakistan, Somalia dan tidak ketinggalan juga Malaysia.
Raifal ini juga mempunyai laras sepanjang 508 mm serta mempunyai berat purata 2.9 kg.
M16 menggunakan peluru berkaliber 5.56 mm NATO yang lebih ringan bagi memudahkan tentera membawa kuantiti peluru yang banyak dalam medan pertempuran.
Namun secara umumnya, jarak jangkauan efektif tembakan senjata itu adalah 300 hingga 400 m.
Meskipun telah diperkenalkan raifal moden masa kini, namun senjata itu masih digunakan oleh beberapa pasukan dalam pasukan ketenteraan di serata dunia hingga kini. Ia menunjukkan bahawa daya tahan dan kemampuan raifal itu masih lagi relevan untuk digunakan.
Sebagai salah satu senjata paling terkenal dalam sejarah, M16 tidak hanya mempunyai kemampuan yang menarik tetapi ia juga turut meninggalkan kesan yang mendalam di dunia senjata api dan konflik ketenteraan seluruh dunia. -airtimes
#M16 #AmerikaSyarikat #pertahanan