Home Pertahanan dan Keselamatan Jepun laksana perolehan 300 senjata anti armor Carl-Gustaf

Jepun laksana perolehan 300 senjata anti armor Carl-Gustaf

by M.Daim

TOKYO, 21 OKT – Pasukan Pertahanan Jepun (Japan Self-Defense Forces) telah melaksanakan perolehan senjata anti armor dari Sweden.

Syarikat Saab dalam satu kenyataan berkata, perolehan sebanyak 300 sistem persenjataan ini akan lengkap pada tahun 2025.

“Perolehan ini sekaligus membuktikan keupayaan Carl-Gustaf yang mampu memenuhi keperluan JGSDF,” kata Görgen Johansson, Ketua Bahagian Perniagaan Dynamics dalam satu kenyataan.

Carl-Gustaf merupakan sistem persenjataan mudah alih yang dihasilkan oleh Saab. Senjata ini digunakan untuk menggempur sasaran armor, struktur dan juga sokongan.

“Senjata ini mempunyai pelbagai jenis peluru dan telah digunakan oleh JGSDF semenjak tahun 1979,

“Pilihan peluru yang pelbagai menjadikan senjata ini mampu untuk melaksanakan pelbagai misi dalam memusnahkan sasaran armor mahupun struktur,” jelas Saab. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Saab #JGSDF #Saab

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?