Home Pertahanan dan Keselamatan ๐—›๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฟ๐—ฎ๐—ถ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ด๐—ฒ๐—บ๐—ฎ, ๐—ง๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐˜€๐˜๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐˜‚๐—ฏ๐˜‚ ๐—บ๐˜‚๐˜€๐˜‚๐—ต

๐—›๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฟ๐—ฎ๐—ถ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ด๐—ฒ๐—บ๐—ฎ, ๐—ง๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐˜€๐˜๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐˜‚๐—ฏ๐˜‚ ๐—บ๐˜‚๐˜€๐˜‚๐—ต

by Muaz Rizqi

KUALA KRAI, 20 OKT โ€“ Pertempuran sengit telah mencetuskan bunyi tembakan dan letupan di kawasan Hutan Simpan Kuala Krai.

Elemen 5 Rejimen Renjer Diraja (5RRD) dari Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama 3rd Light Commando Battalion (LCB), Tentera Pakistan (Pakistan Army) telah melancarkan serangan terhadap kedudukan akhir musuh di kawasan Hutan Simpan Kuala Krai.

Pasukan musuh kemudiannya dikejutkan dengan serangan mengejut oleh infantri dari 5RRD dan LCB yang muncul dari bawah kedudukan musuh di kawasan bukit.

Serangan berterusan telah menyebabkan pasukan musuh berundur bagi memperkuatkan pertahanan di posisi akhir mereka.

Namun begitu, pasukan musuh berjaya ditawan apabila mereka gagal membendung kemaraan lawan yang melakukan serangan dari pelbagai arah.

Pertempuran di hutan yang dilaksanakan pada hari ini merupakan kemuncak Eksesais Harimau Markhor.

Majlis penutupan eksesais telah disempurnakan oleh Commodore Nasir Mahmood, Penasihat Pertahanan Kedutaan Besar Pakistan. Turut hadir adalah Panglima 8 Briged, Brigedier Jeneral Dato’ Azudin Bin Hassan .

Dalam ucapan penutup eksesais, Commodore Nasir Mahmood menyatakan latihan bilateral ini memberikan pengalaman dan juga berperanan sebagai menimba ilmu baharu di antara kedua-dua pihak.

Tambah beliau, hanya melalui pendekatan melalui latihan, ia mampu mencorak sebuah angkatan yang berkredibeliti tinggi dan meningkatkan tahap profesionalisma anggota.

โ€œAdalah menjadi tugas dan tanggungjawab setiap lapisan anggota untuk memperlengkapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan untuk beroperasi dalam persekitaran yang semakin kompleks,

โ€œSaya percaya setiap peringkat dalam profesion ketenteraan ini tiada pilihan melainkan berusaha untuk melengkapkan diri baik dari ilmu peperangan mahupun membina ketahanan daya mental dan fizikal,โ€ katanya.

Eksesais Harimau Markhor Siri 1/23 antara latihan bilateral yangย  pertama diadakan antara Malaysia dan Pakistan. Latihan ini berkonsepkan Perperangan Menentang Insurgensi (CIW). -airtimes

#AirTimes #Malaysia #Pertahanan #Pakistan #HarimauMarkhor #5RRD

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?