MANILA, 13 OKT – Kerajaan Filipina digesa untuk memberi fokus kepada perolehan aset laut dan udara untuk tentera negara itu.
Perkara tersebut disuarakan oleh ketua Angkatan Tentera Filipina (Armed Forces of the Philippines, AFP), Jeneral Romeo Brawner Jr.
Menurut beliau, pasukan tentera udara dan tentera laut negara kepulauan itu perlu mempunyai keupayaan aset bagi membendung ancaman dari luar.
“Kami perlu memberikan fokus kepada tingkat upaya keupayaan maritim dan udara Filipina,” kata Panglima Angkatan Tentera Filipina yang dipetik oleh media negara itu.
Menurut beliau, perolehan terbaharu Filipina perlu merangkumi perolehan jet pejuang baharu bagi membolehkan ia melaksanakan rondaan bersama dengan kapal tentera laut negara itu.
Pada ketika ini, Filipina sedang melaksanakan program modenisasi bagi mempertingkatkan keupayaan tentera negara itu untuk mempertahankan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE).
Jelasnya, operasi pertahanan Filipina bukan sahaja tertumpu di kawasan pesisir tetapi merangkumi ZEE.
Postur pertahanan sebegini sudah tentu diimpikan Filipina memandangkan negara itu sedang berhadapan pertikaian dengan China semenjak beberapa bulan yang lalu. – airtimes.my
#AirTimes #Filipina